Di satu kawasan tanah lapang berhampiran lampu isyarat Ampang Indah/Taman Kosas, Ampang, Selangor ada satu 'perkampungan setinggan anjing-anjing terbiar'. Tidaklah diketahui asal usul anjing-anjing tersebut kerana kawasan sekitar adalah kawasan penduduk Melayu.
Orang Melayu tidak membela anjing. Pada umumnya orang Melayu juga tidak sukakan anjing.
'Penduduk anjing' di perkampungan itu yang kebanyakkannya kurus berjumlah tidak sampai 10 ekor. Kelihatan banyak plastik dari bekas makanan terbuang yang dikutip oleh anjing-anjing tersebut dari jalanan atau tong-tong sampah penduduk di situ.
Di situlah anjing-anjing itu lepak. Orang yang lalu lalang telah terbiasa dengan haiwan yang selalunya dipelihara oleh keturunan Cina itu. Di waktu panas terik anjing-anjing itu kebanyakkannya terjelir lidah kerana dahaga. Di waktu hujan pula anjing-anjing itu basah kuyup dan kesejukkan. Namun, tiada sesiapa yang peduli.
" Kasihann...," luah anak gadis saya pada setiap kali melalui kawasan itu khususnya pada waktu hujan lebat. Itu adalah sesuatu yang saya tidak suka dengar. Pada saya, bila diucapkan beban kasihan kepada haiwan-haiwan di situ menjadi lebih parah lagi berbanding dengan memendam rasa di dalam hati sahaja.
Begitulah juga saya tidak suka isteri atau anak-anak memberitahu kucing peliharaan kami mati sekalipun sayalah yang bersusah payah merawat dan memberi ubat. Jika ada di antara kucing peliharaan kami mati ketika saya di pejabat, saya tidak akan bertanya. Saya dapat mengagak bahawa kucing itu telah mati dan telah ditanam jika mendapati susuk tubuhnya tiada lagi di tempat biasa ketika saya balik ke rumah. Saya ada kelemahan emosi.
Setahu saya setakat ini anjing-anjing tersebut masih belum lagi mengganggu penduduk setempat secara fizikal. Mungkin nasib anjing-anjing yang penempatannya cuma lebih kurang 1 kilometer dari pusat SPCA Jalan Kolam Air, Ampang itu akan menjadi lebih buruk apabila bilangannya bertambah dan mula mengacau-ganggu penduduk di sekitar kawasan perumahan Ampang Indah/Taman Kosas. Semoga kemungkinan itu tidak berlaku.
Sehubungan ini, walaupun agak ganjil bunyinya dan ' tidak dibuat dek orang ', jika ada Muslim yang ambil peduli seperti memberi rawatan dan memberi makan/minum kepada anjing-anjing terbiar di ' perkampung setingggan anjing ' itu patutlah dipuji!
Wallahua'lam.
Nota:
Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri dalam ruangan " Islam Itu Rahmat " di Akhbar Sinar Harian 23 Ogos 2013 telah menulis di atas tajuk " Anjing Dan Isu Masyarakat Malaysia " . Ringkasan tulisan beliau adalah seperti berikut:
- Islam tidak mengalakkan umatnya memelihara anjing kecuali di atas sebab-sebab sebagai anjing buruan dan menjaga ternakan.
- Dalam ai-Quran Allah menceritakan tentang anjing yang mengiring para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka berjuang menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka.Anjing tersebut melambangkan binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing-anjing itu lambang kemuliaan.
- Nabi S.A.W bersabda: " Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut dengan tudungnya lantas dia mencedok air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu (Riwayat al-Bukhari).
- Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampun dosanya oleh Allah kerana dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing. Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan yang baik jika Muslim memberi makan dan minum kepada anjing? Jika ada Muslim yang memberi makan kepada anjing patutlah dipuji.
Kat rumah IM ada seekor kucing selelu tidur di depan pintu.
BalasPadamNtah kenapa dalam banyak-banyak rumah kat sini rumah IM yang dipilih.
Petanda baik atau tidak baikkah ini?
Sdr IM,
PadamKami sekeluarga juga ada tamu yang akhirnya berumahtangga di hadapan rumah.
Makan dan tidur. Nak buat macam mana.....