GAMBAR HIASAN SEBUAH SURAU DI JERTIH, TRENGGANU( JUMAAH AWAL MENUNGGU SOLAT SUBUH) |
Seorang Ketua atau pemimpin baharu akan diperhatikan anjakan yang dilakukannya dalam tempoh 100 hari `selepas dilantik atau memegang jawatan.
Namun, mungkin tiada sesiapa yang akan memerhatikan tindak tanduk lelaki Melayu Islam bermula 01 Syawal, iaitu selepas bertungkus lumus beribadat dalam bulan Ramadhan.
Inilah persoalannya. Berapa lamakah pula tempoh seorang lelaki Melayu Islam biasa mengunjungi semula masjid di kawasan perumahan masing-masing selepas bulan Ramadhan (termasuk beberapa hari selepas berhari raya di kampung)?

Satu minggu? Sepuluh hari?...........................pada bulan Ramadhan tahun hadapan?
Kecuali tidak dapat ke
masjid beberapa hari di atas sebab-sebab tertentu, pada umumnya kebanyakkan
lelaki Melayu Islam biasa mengunjungi masjid/surau di kawasan perumahan masing-masing sebulan
penuh dalam bulan Ramadhan kerana menunaikan solat tarawikh.
Ini bermaana’ routine’ kehidupan kebanyakkan lelaki Melayu Islam normal begitu hampir dengan masjid (sebulan penuh) pada bulan Ramadhan. Hati mereka terikat dengan masjid. Kehidupan mereka berkisar dengan aktiviti berulang-alik rumah – masjid dan masjid- rumah.
Malah, ada segolongan lelaki Melayu Islam memperuntukkan hidup mati mereka dengan menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan di masjid/surau. Masya Allah.

Sehubungan ini, selepas
balik kampung dan menjalani semula kehidupan ‘ back to basic’ di tempat
masing-masing, jangan abaikan tanda aras ini – “ Paksalah diri memakmurkan
masjid sekurang-kurangnya bermula seawal pada atau sebelum 7 Syawal “.
Andainya membiarkan
diri ‘ naik lemak ‘, ada kemungkinan
kehidupan harian sebagai seorang Islam yang berdisiplin selepas graduasi Ramadhan tidak akan
membuahkan hasil.
Kalau silap langkah, ada kemungkinan masjid cuma akan dijenguk semula pada bulan Ramadhan tahun hadapan (1435H).
Kemungkinan sebegini tidak baik. Orang tua-tua kata tidak baik menyebut perkara yang tidak baik. Sama-samalah kita berazam menjadi lebih baik selepas Ramadhan tahun ini.

Wallahua’lam.
Untuk memeriahkan rumah Allah di setiap waktu solat adalah ujian bagi kaum lelaki.......
BalasPadamSdr Tanpa Nama,
BalasPadamAgak berat ujiannya.Ada kalanya kita kecundang.
Sdr Tanpa Nama,
BalasPadamAgak berat ujiannya.Ada kalanya kita kecundang.
Sudah tiba masanya masjid-masjid memainkan peranan yang lebih luas daripada sekadar menjadi tempat beribadat agar ianya sering dikunjungi dan menjadi lebih "user friendly" pada generasi muda.
BalasPadamCM,
PadamMungkin perlu dibuktikan dengan beberapa model masjid yang dimaksudkan.
Realitinya tersangat susah hendak mewujudkan suasana masjid seperti yang diinginkan itu.
ujang kutik,
BalasPadamKerisaun orang yahudi pada islam adalah apabila waktu subuh dan isyak masjid di penuhi.
Saya tidak berapa pasti tetapi sahabat saya join ahli tabligh pernah berkata pada saya bahawa sembahyang itu ' lazat '.
Kalau kita sampai ke tahap itu rasa nya berjemaah subuh di masjid itu tidak dikira sebagai ujian pun.
Allaahu a'lam bis-shawaab
Sdr theolrascal,
PadamSaya bukan berethorik.
Ada kalanya terlintas di fikiran saya bahawa mereka yang istiqamah memakmurkan masjid (termasuk solat subuh) adalah kerana bakat dan bernasib baik kerana ditempatkan dalam persekitaran sedemikian.
Namun, kemahuan yang tinggi,sumbatan motivasi dan 'brain stoming' perlu terutamanya bagi kalangan yang ' kurang bakat ' atau yang tidak terasa apa-apa menjauhkan diri dari masjid.
Wallahua'lam.
Mungkin kita tidak mampu kekalkan jauh sekali menambah amalan berbanding semasa bulan Ramadhan.
BalasPadamBulan Ramadhan adalah bulan istimewa kerana suasananya itu dengan sendiri membentuk sikap kita menjadi lebih lembut dan peka.
Asalkan paling tidak kita terus berazam untuk menjadikan hari ini lebih baik dari hari semalam.
Sdr IM,
PadamBenar, sikap kita lebih lembut dan peka pada sepanjang bulan Ramadhan. Nampaknya kita perlu beusaha lebih sedikit pada bulan-bulan yang lain.
Ya, kita terus berazam.