Suatu ketika dahulu seingat saya wirid Al-Tahlil, Selawat Azamiah dan Istighfar Al-Kabir adalah ‘ bacaan wajib’
dalam mukaddimah doa dan ‘perencah’ doa di masjid dan surau di kampung-kampung
di Negeri Sembilan.
Wirid tiga serangkai
tersebut ‘adalah ‘ trade mark ‘ di masjid/surau di seluruh Negeri Sembilan ketika itu.
Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sangat sukar hendak mencari Imam
masjid/surau yang mampu membawa dan memimpin bacaan-bacaan wirid tersebut ketika berdoa selepas solat berjumaah.
Ketiga-tiga wirid
tersebut adalah zikir asas dalam amalan Tariqat Ahmadiyah. Karisma pendokong Tariqat Ahmadiyah di Negeri Sembilan ketika itu terlalu hebat sehingga menyebabkan mereka
yang tidak mengamalkannya secara khusus (baiah) juga hafal dan membacanya ketika berdoa
selepas solat samada di masjid/surau atau di rumah.
Masjid Al-Mujib, Durian Daun, Masjid Tanah (Di siang hari) |
Ditakdirkan saya
berpeluang mendengar dua dari tiga wirid asas Tariqat Ahmadiyah itu ketika
solat subuh di salah sebuah masjid ( Masjid Al-Mujib) di Masjid Tanah, Melaka.
Imam muda Masjid Al-Mujib itu memimpin doa dengan bacaan tahlil (3 kali), lafaz
Allahu Akbar (4 kali) dan dikuti dengan bacaan biasa sebelum berdoa dan seterusnya
‘ mewarnakan’ bacaan doa dengan membaca kalimah Selawat Azamiah.
Saya difahamkan
bahawa penyebaran amalan Tariqat Ahmadiyah di Masjid Tanah, Melaka khususnya di Air Limau
dan kawasan-kawasan sekitarnya telah dibawa oleh pendokong awal tariqat itu
yang berpusat di Rasah, Negeri Sembilan. Di antaranya ialah Allahyarham
Sheikh Rashid dari keturunan Sheikh Muhammad Said Al-Linggi yang juga sangat terkenal
di Singapura.
Namun demikian, tidaklah saya ketahui samada Imam muda itu pengamal (Ikhwan) Tariqat Ahmadiyah atau
beliau cuma sekadar menghafal wirid asas tariqat itu melalui teks turun temurun
yang diamalkan di Masjid Al-Mujib, Durian Daun, Masjid Tanah, Melaka.
Wallahua’lam.
Nota :
1.Tariqat Ahmadiah yang berpengkalan di Negeri Sembilan adalah di antara tariqat yang telah mendapat kelulusan dari pihak berkuasa agama di Negeri Sembilan untuk diamalkan.
2. Saya meminta maaf jika ada di antara terma, maklumat atau disiplin tariqat yang saya cuba sampaikan kurang tepat.
Masjid Tanah
03 Syawal 1434H @
10/8/2013.
ujang kutik,
BalasPadamTerima kasih atas nota ini.
Sdr theolrascal,
PadamSama-sama.
Ass'kum. Syukur alhamdulillah Allahyarhamah ibu sentiasa membaca selawat Azamiah setiap kali lepas sembahyang.
Padammasih lagi di amalkan di Masjid Air Limau di Masjid Tanah ... alhamdulillah
BalasPadamTerima kasih. Apabila balik Masjid Tanah saya cuba cari surau itu.
PadamTerima kasih. Apabila balik Masjid Tanah saya cuba cari surau itu.
Padam