Pekan Parit (Jam masih berfungsi). Pekan kecil ini juga ada lampu isyarat |
Ketika ziarah keluarga anak saudara sebelah isteri di Tronoh, Perak pada 1/9/2013 saya mencuri waktu ke Pekan Parit, Perak yang jaraknya 20 kilometer dari Tronoh. Kali terakhir saya sampai ke pekan kecil tetapi agak popular ini ialah kira-kira 25 tahun yang lalu.
Tidak banyak ingatan mengenai Pekan Parit yang pernah saya kunjungi berpuluh tahun lalu. Selain dari Rumah Rehat Parit dan Menara Jam saya tidak ingat apa-apa lagi akan khazanah pekan ini. Saya menjadi seorang yang begitu pelupa .
Pekan Parit terletak di pertemuan 3 arah - Pertama, dari arah Ipoh/Seri Iskandar, kedua, dari arah Belanja (antaranya yang saya ingat) dan arah ketiga dari MRSM Parit.
Selain dari Bangunan Masjid Jamek Parit yang ceria, Bangunan Rumah Rehat yang tersergam indah, bazar
peniaga yang telah dinaiktaraf dan pembinaan jambatan laluan motorsikal dan pejalan kaki yang merentangi Sungai Parit ke kampung seberang, Pekan Parit adalah sebuah pekan lama yang antik, kusam dan boleh membuatkan mereka yang tidak terbiasa dengan persekitarannya diserang perasaan sayu dan murung.
Selain dari Bangunan Masjid Jamek Parit yang ceria, Bangunan Rumah Rehat yang tersergam indah, bazar
Medan Selera Di Tepi Sungai Parit |
Jambatan (Laluan Motorsikal Dan Pejalan Kaki Menghubungkan) Kampung Seberang Dengan Pekan Parit (1 SEPT. 2013) |
Saudara Ujang Kutik,
BalasPadamKalau saudara kali terakhir ke Parit lebih kurang 25 tahun lalu, saya agak lebih sedikit. Lebih 35 tahun. Saya ada membuat sedikit catatan di sini,
http://masjidsanasini.blogspot.com/2013/07/masjid-raudhatul-mardhiah-parit-perak.html
Sdr Pak Mail,
BalasPadamKetika itu jambatan yang merentang Sg.Parit belum dibina lagi.
salam ujang,
BalasPadamsaya juga pernah ziarah pekan parit yang berkarekter ini. ada di tulis dalam blog saya jika sudi untuk membacanya. sekarang sedang berusaha menulis pengalaman saya melalui dungun > kuala berang > gua musang > pulang ke rumah di kuala kangsari 3 hari lalu. gambar banyak dirakam.
Saya cuba mencari di bawah label 'alam' tidak jumpa foto pesona Pekan Parit.
Padamujang kutik,
BalasPadamSatu ketika zaman remaja dulu ada warga 'Parit di Perak' ini yang
meng'omputih'kan nya sebagai ' Paris de Silver ' dalam alamat surat nya.
Masa tu saya juga berasa ' fancy ' dengan kreativiti nya.
Namun kini sapertimana saudara saya juga rasa sedikit terhibur dengan suasana pekan pekan yang mempunyai sungai dan jambatan.
Orang yang sudah berusia lebih mengamati...ahahahaha
Sdr theolrascal,
PadamParit agak popular dan diketahui seluruh 'Malaya'. Mungkin antaranya kerana 'Mr Os'....
Elemen-elemen itu di antara kesamaan kita.
Seseorang itu sekurang-kurangnya ada 3 elemen yang dia alah - alam semula jadi (gunung, sawah, sungai,laut), kampung tempat dilahirkan dan imbauan masa lalu.
lawati kasimselamat.com untuk cerita parit
BalasPadamSdr Tanpa Nama,
BalasPadamTerima kasih dan insyaAllah.
Saya ada teman di Parit. Bercadang hendak ke sana dalam 3,4 hari lagi. Moga dipertemukan kami yang telah berpisah 20 thn.
BalasPadam