Lebih kurang 4 bulan yang lalu anak gadis saya menjumpai seekor anak kucing berwarna putih berbintik oren dan hitam dalam keadaan ' berjalan rebah ' ketika dalam perjalanan balik dari kedai berhampiran ke rumah kami. Dia membawa anak kucing itu balik ke rumah.
Dia memberi anak kucing itu makan. Anak kucing yang di dalam keadaan sangat lemah itu makan dengan gelojoh. Jelas, anak kucing itu hampir mati kerana kebuluran dan bukannya sebab-sebab lain. Anak kucing itu diberi nama ' KUTIP '.
Anak kucing yang diselamatkan itu ditempatkan di dalam rumah kucing 10' x 6' bersama-sama beberapa ekor kucing yang lain. Sekalipun dikurung, anak kucing itu lebih selamat dan selesa di dalam ruang yang agak luas itu berbanding hidup terabai di luar.
Walaupun anak gadis saya yang membawa balik anak kucing itu ke rumah, sayalah yang berpenat lelah menguruskan makan-minum dan mengemaskan rumah anak kucing itu bersama dengan kucing-kucing yang lain pada awal pagi dan petang di setiap hari .
Justeru itu, sepatutnya semua kucing yang dibela lebih rapat dengan saya berbanding dengan ahli keluarga yang lain kerana saya yang paling kerap berinteraksi.
Inilah yang menghairankan. Kutip sahaja yang tidak boleh ' berbaik' dengan saya. Walaupun saya yang memberi Kutip makan dan minum pada setiap hari, Kutip masih ' menyembur' dan mengeluarkan taring apabila saya menghampirinya.
Sebaliknya, Kutip sangat sopan dan mesra dengan isteri dan anak gadis saya.
Seingat saya, saya tidak pernah bertindak kasar kepada Kutip sehingga anak kucing itu phobia dengan saya. Apakah salah saya?
Sebab dia kucing jantan kot....he he
BalasPadamMungkin.
Padamagaknya pernah ada pengalaman ngeri dgn manusia yg seiras penulis kut...
BalasPadam- Hayati -
Andaian isteri dan anak saya kuat mengatakan ada bahawa ada pelakuan saya yang menakutkan anak kucing itu.
Padam