Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Selasa, 28 Oktober 2014

belakang parang kalau diasah....



Jangan tuduh saya masuk bakul angkat sendiri. Atau jauh sekali riak.

Banyak juga catatan saya mengenai saranan agar berbuat baik kepada makhluk Allah - manusia,haiwan, tumbuh-tumbuhan.

Rentetan dari catatan tersebut, saya mendapat sedikit ' berkat '. Saya yang pada asalnya cuma sekadar menulis akhirnya  terbawa-bawa mengapplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Saya mengajak pembaca blog saya bersedekah melalui sajak " Jika Ke Musalla Sediakan Duitl Kecil " . Saya ingin sampaikan bahawa mungkin ada di antara kita terlalu berkira dalam bersedekah. Saya nyatakan " Antara suar dunia dan ghaibnya pahala, kita selalu alah dengan yang nyata".

Seorang kawan pernah menyarankan supaya saya menginstitusikan amalan bersedekah @ berderma pada tiap-tiap hari.  Beliau melakukannya. Setiap hari beliau menginfakkan RM10.00 untuk tabung masjid.

Saya secara bertatih cuba mengikut langkah beliau. Saya menginstitusikan menderma atau bersedekah pada kadar seringgit-dua. Tidak banyak.

Dijadikan cerita, tulisan saya terkena pada batang hidung sendiri. Saya ' terkena ' apabila hendak bersedekah seringgit dua setelah usai solat zuhur di masjid tengah hari tadi.

Saya menyeluk kocek baju dengan yakin adanya seringgit dua untuk dimasukkan ke dalam peti besi masjid. Tiada. Dalam dompet juga tiada duit kecil seringgit dua. 

Namun, ' duit besar'  ada sekeping dua. 

Saya teringat akan tulisan saya mengusik orang yang membawa banyak wang (wang besar) ketika datang ke masjid tidak dapat  menderma atau bersedekah kerana tiada wang kecil - ' " Antara suar dunia dan ghaibnya pahala, kita selalu alah dengan yang nyata "..

Sehubungan ini, gerak hati, pengaruh tulisan yang pernah saya hasilkan mengenai berbuat baik dan yang paling utama, izin Allah, mengizinkan saya bersedekah pada kadar di luar tipikal diri saya! Jumlahnya tidaklah sebesar mana tetapi melebihi ' seringgit dua', sesuatu yang jarang-jarang saya lakukan jika ada duit kecil.

Moral cerita, berusahalah sedaya upaya untuk bersedekah atau menderma mengikut kemampuan. Sedikit halangan, seperti tiada seringgit dua dalam keadaan kita ada lebihan wang sepatutnya tidak menghalang kita beramal dengan ikhlas.  

Jangan tuduh saya masuk bakul angkat sendiri.........atau jauh sekali riak......atau ujub.

6 ulasan:

  1. ujang kutik,

    Sajak '' jika ke musalla sediakan duit kecil '' itu sudah amat klasik buat saya.
    Ia sudah mengandungi segala nya. Yang tersirat itu jarang kita mahu surat kan.

    Antara suar dunia dan ghaibnya pahala
    kita selalu alah dengan yang nyata

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      " Yang tersirat itu jarang kita mahu suratkan." Ungkapan kata yang sangat menarik.

      Padam
  2. Assalamualaikum sdr uk,
    "Tepuk air di dulang percik ke muka sendiri" ... namun bagitu sdr uk kalau tiada "istiqomah" mana nak dapat ikhlasnya... "walau antara saur dunia dan ghaibnya pahala, kita selalu kecundang dgn yg nyata.." waullahua`lam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr azmnor,

      Kalau dekat, mahu saya peluk saudara kerana begitu lama menghilang.

      Padam
  3. Sdr uk,
    Sungguh terharu saya dengan impresif sdr.., saya juga amat-amat merindui sdr dan rakan blog yang lain... kalau dekat pasti saya mahu membalas pelukan sdr...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr azmnor,

      Pagi tadi saya memeluk seorang sahabat bertukar ke tempat asal, Kedah. 13 tahun jadi malbari (keluarga di A.Star).

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."