Empat hari lepas saya dikurniakan cucu pertama, seorang bayi perempuan. Syukur. Alhamdulillah.
Di sebalik perasaan gembira teramat dua buah keluarga, saya melihatnya juga sebagai satu fasa pembelajaran kepada anak sulung (lelaki).
Dia memasuki kuliah yang selama ini cuma didengarnya sahaja.
Dia mula menyingkap ilmu hakkul yakin - betapa sayangnya ibu bapa kepada anak-anak. Betapa ambil beratnya ibu bapa kepada anak-anak.
Alhamdulillah.
ujang kutik,
BalasPadamTahniah... melalui fasa baru dalam kehidupan.
Seorang datuk kini....
Sdr theolrascal,
BalasPadamBanyak assignment yang tidak dibuat semasa membesarkan ayahnya.
Assalamualaikum sdr uk,
BalasPadamTahniah dan syukor atas kurnia NYA, agar ianya lebih menceriakan dunia dan akhirat saudara.... In Shaa Allah.....aaminnn
Waalaikomsalam,
PadamTerima kasih.