Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Rabu, 3 Disember 2014

KLINIK


Sesi menunggu giliran di sebuah klinik kerajaan di pinggir Ibu Kota:

Klinik ini terletak di dalam kawasan perumahan majoriti etnik Cina.

Diperhatikan warga emas etnik Cina khususnya golongan wanita di usia 60-an ke atas sangat berdikari.

Kebanyakkan di antara mereka menguruskan sendiri urusan pendaftaran, menunggu untuk mendapatkan rawatan, mengatur temujanji dan mengambil ubat di farmasi tanpa bantuan keluarga/anak-anak.

Kebanyakkan di antara mereka juga dilihat tidak mengalami masalah obesiti.

Namun demikian, tiba-tiba saya berpeluang menyaksikan seorang lelaki Melayu di usia awal 40-an masuk ke dalam klinik mendukung wanita tua (mungkin ibunya) untuk mendapatkan rawatan.

Huhhh.....bertuahnya lelaki itu dapat berbakti kepada wanita tua yang sangat dikasihinya.

2 ulasan:

  1. ya..betul..wanita cina diusia yg lewat tak mengalami / jarang2 yg mengalami obesiti..kenapa ya..??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin antaranya mereka mementingkan penjagaan kesihatan. Contoh, senaman Taici yg diamalkan oleh wanita (dewasa) etnik itu.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."