FOTO HIASAN DARI LAMAN WEB PERKIM |
Saya tidak mengetahui gambaran sebenar kehidupan/aktiviti
harian seorang pesara. Secara luaran saya perhatikan rakan-rakan pesara
biasa-biasa sahaja. Tidak ada sesuatu yang drastik dan radikal berlaku kepada
mereka apabila bersara.
Pesara yang biasa ke surau/masjid sebelum
bersara melakukan perkara yang sama. Pesara yang tidak berapa tertarik kepada
surau/masjid sebelum bersara juga seperti keadaan sebelum bersara.
Itulah gambaran luaran secara umumnya tanpa
menafikan ada juga segelintir yang tidak berapa nampak di surau/masjid sebelum
bersara sebaliknya menjadi kaki surau/masjid tegar apabila bersara.
Saya yang akan bersara tidak beberapa lama
lagi mula membayangkan aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan apabila
memasukki alam persaraan (jika dipanjangkan umur).
Saya sangat cintakan alam dan boleh jadi
asyik dengan kepelbagaian cara hidup manusia.
Di atas nama cintakan alam saya mungkin akan
bermusafir dalam suatu tempoh secara sendirian di wilayah yang masih ‘ suci ‘.
Saya akan bermusafir di desa-desa pedalaman yang
berhampiran dengan sungai, sawah padi tradisional dan desa-desa yang terletak
jauh di dalam rimba belantara.
Penduduk, budaya dan persekitaran desa-desa
tersebut sudah tentu jauh berbeza dengan kampong halaman saya. Saya ingin jauh dari segala gangguan kemodenan dan kebisingan.
Saya akan solat berjumaah dengan penduduk
desa-desa itu dan bersembang dengan mereka.
Saya akan bersama mereka berkubang di sawah padi, memancing ikan di sungai atau lubuk dan menghadiri majlis-majlis yang diadakan oleh penduduk kampong.
Saya juga akan menggabungkan diri dengan
kumpulan dakwah. Saya akan bersama mereka menyampaikan dakwah di kampong-kampung
Orang Asli dan penduduk pedalaman di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Bagaimanakah agaknya mengambil wudhu pada pagi yang dingin dan gelap di telaga atau anak sungai?
Bagaimanakah agaknya mengambil wudhu pada pagi yang dingin dan gelap di telaga atau anak sungai?
Saya juga akan mengikuti kumpulan dakwah
bermusafir ke luar negara – India, Pakistan, Indonesia. Disamping berdakwah
saya dapat menyelami kehidupan seharian saudara seagama di luar negara.
Apabila mengaitkan dakwah, jiwa emosi saya
ditanya, “ Bermusafir kerana dakwah atau ingin melihat tempat orang?”
Saya masih belum mencari jawapannya atau
kaedah pencerahan supaya ‘ berdakwah dapat ‘ dan ‘ tengok negeri orang ’ pun
dapat.
Saya tidak perlu tergesa-gesa memikirkannya
kerana belum waktunya lagi.
Laman-laman yang dilakar pada kanvas minda itu masih berada di selindung lamunan yang kelihatan menarik dan mengasyikkan.
Laman-laman yang dilakar pada kanvas minda itu masih berada di selindung lamunan yang kelihatan menarik dan mengasyikkan.
ujang kutik,
BalasPadamLamunan yang menarik. Masa akan menceritakan nya kemudian.
Teruskan berblogging... kami mengikuti nya dari situ.
Sdr theolrascal,
PadamInsya Allah. Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik.
IM dah boleh digolongkan dalam kategori pesara tapi apa yang IM lakarkan dalam minda dulu tak pun jadi kenyataan...
BalasPadamberangan lebih retorik dari kenyataan...
Sdr IM,
PadamSaya tertarik dengan ungkapan " Berangan lebih retorik dari kenyataan."