Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Ahad, 14 Disember 2014

MAMAK



Dua-tiga hari lepas saya sangat ' geram' dengan sebuah restoran mamak di Pekan Ampang yang selalu saya singgahi.

Makanan yang dikatakan baik untuk kesihatan kerana tidak berminyak, chapati,  yang sebelumnya berharga RM1.30/keping dinaikkan kepada RM1.80/keping. Alasan Mamak bermuka selamba, " Harga barang naik."

Pasti saya tidak menjenguk restoran bani mamak itu lagi.

Namun, di luar dunia fantasi, amat susah mendapatkan sebuah restoran Melayu yang memiliki spesifikasi restoran mamak - cantik, selesa, pelayan restoran persis robot, pantas dan xxx.

Memusuhi restoran mamak pada alaf ini  umpama bersilat dengan bayang-bayang - mereka seperti tidak akan terkalahkan.

6 ulasan:

  1. Restoran melayu kena ubah menu . Menu siap segera. Pada saya menu mamak ni lebih praktikal sb blh makan dari pagi sampai malam dan senang pula diteima oleh semua kaum.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr,

      Mungkin juga. Lagi satu kalau duduk lama dgn segelas teh tarik pun pelanggan tidak terasa diperhatikan.
      Rasa aman.

      Padam
  2. Di tempat saya (Indonesia) restoran mamak (India) tidak begitu terkenal pak cik. Bahkan masakan India ni orang melayu Indonesia boleh masak, dengan penyesuaian bumbu dengan lidah setempat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Nofri Melsi

      Restoran India Muslim (Mamak) di Malaysia adalah satu jenama yang melakar landskap masyarakat (khususnya Melayu). Mereka banyak menghabiskan masa/bersantai di situ - 24 jam.

      Padam
    2. Iya, semasa di Malaysia juga saya hampir tiap hari makan ke restoran mamak ini. buat saya memang sedap dan senang makan disana. Karena makanan/minuman restoran mamak ini saya rindu mengunjungi Malaysia..

      Padam
    3. Itulah seperti yg Pak Cik rumuskan, " Restoran Mamak tidak akan terkalahkan."

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."