Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Sabtu, 17 Januari 2015

apalah dosa tariqat tasawuf



GAMBAR HIASAN (SALAH SEBUAH MASJID LAMA DI MELAKA)

Saya memendam perasaan kurang selesa semasa seorang berstatus ustaz mengajuk dan mempersendakan apa yang didakwanya adalah cara pengamal tariqat tasawuf berzikir ketika menyampaikan kuliah zuhur di surau pejabat. Memek muka dan gelagatnya yang memaling muka ke arah kanan dan kiri ala-ala orang mabuk, mengundang hilaian ketawa terkekeh-kekeh di kalangan beberapa orang jemaah muda.  Beliau mendakwa pengamal tariqat tasawuf berzikir dengan laju kerana hendak mendapatkan jumlah zikir yang banyak (jumlah zikir ribu-ribu) sehingga sebutan zikir tidak betul.

Selain itu, banyaklah sisi-sisi tidak enak didengar yang didedahkan oleh ustaz itu mengenai amalan tariqat tasawuf.
Sepanjang masa saya menghormati dan mengagumi ustaz yang juga pesara jabatan kerajaan itu. Beliau adalah seorang ustaz yang agak popular di Lembah Klang dan juga pernah muncul beberapa kali di kaca TV.

Beliau  sangat memusuhi ajaran tariqat tasawuf.

Saya bukanlah seorang pengamal tarikat tasawuf . Bagaimanapun, saya berminat mengikuti kisah-kisah pengalaman rohani tokoh-tokoh sufi. Berdasarkan penjelasan perjalanan tariqat tasawuf oleh  seorang ustaz pengamal tariqat tasawuf yang juga  salah seorang ustaz jemputan di surau pejabat kami dan  melalui pembacaan, saya mendapat gambaran bahawa amalan tariqat tasawuf tidaklah seperti yang diajukkan oleh ustaz itu.

Bodohlah bagi seseorang yang hendak mendekatkan diri dengan Allah ' menipu ' Allah dengan amalan yang tidak sesuai atau tidak mengikut syariat.

Saya seperti tidak percaya ustaz yang tinggi ilmu agama dan berketrampilan Islamik yang sejuk mata memandang ( sentiasa memakai jubah dan mempunyai janggut panjang yang disisip rapi ) itu tergamak menyamakan pengamal tariqat tasawuf dengn pengikut kumpulan ajaran salah secara sewenang-wenangnya.

Saya masih ingat kata-kata seorang ustaz lain yang menempelak golongan melekehkan amalan bertarikat.  Katanya, " Mereka melekehkan amalan tariqat tasawuf dan tokoh-tokoh tariqat tasawuf tetapi menggunakan ilmu tokoh-tokoh tarikat tasawuf tersebut tanpa segan silu. 

Diperakui bahawa banyak tokoh-tokoh tariqat tasauf telah diiktiraf sebagai ulama besar yang terkenal dan hasil karya mereka terus dijadikan bahan rujukkan walaupun mereka telah meninggal dunia."

Di antara ulamak tersohor Tanah Melayu yang memilikki aura luar biasa dan ada di antaranya dianugerah makam karamah yang mengamalkan amalan tariqat tasawuf ialah Tuan Tabal (al-Ahmadiah), Syeikh Mohd Said Linggi (al-Ahmadiah), Tok Pulai Condong (as-Syaziliah), Mufti Hj. Wan Musa (al-Ahmadiah), Syeikh Abdul Malik Tok Pulau Manis (as-Syaziliah), Tokku Paloh (al-Naqsyabandiah), Tok Kenali  (al-Ahmadiah), Tuan Guru Hj. Daud Bukit Abal (al-Ahmadiah), Tuan Hj. Abdul Wahid Sungai Udang (al-Ahmadiah), Mantan Mufti Negeri Sembilan Dato' Syeikh Murtadha Hj. Ahmad (al-Ahmadiah) Dr. Hj. Jahid Sidek (al-Naqsyabandiah), Syeikh Dato' Muhamad Fuad Kamaludin al-Maliki (al-Ahmadiah)

Justeru itu, siapalah kita dan khususnya ustaz-ustaz ' kerdil ' yang begitu benci kepada amalan tariqat tasawuf . Lebih dahsyat lagi sehingga ada yang sanggup menuduh golongan itu sesat.

Sekalipun kita sedih dengan sebilangan orang yang hendak mendekatkan dengan Allah tetapi tersilap langkah sehingga terjebak ke dalam perangkap ajaran sesat, janganlah samakan amalan tariqat tasawuf dengan ajaran sesat secara sewenang-wenangnya.


10 ulasan:

  1. Assalamualaikum
    saya pun pernah terfikir arwah atok saya mengamalkan ajaran sesat...tp bila meningkat usia,dan byk
    pembacaan rupanya itu ada amalan tariqat yg diamalkan...seingat saya arwah atok tak ade kelas pengajian (tiada anak murid) tp masih sempat belajar dgn Tuan Said dan yg pasti ada anak murid Tuan Said yg dtg ke surau menjadi imam dan berbincang2 bab ugama dengan atok..ustaz2 sekarang mungkin ilmunya tinggi..tp jgn sesekali mempelekehkan ulama2 dulu terutama amalam mereka..selain menjaga bab solat arwah atok terlalu menjaga bab makan tak pernah makan dikedai ..dn tak makan juga makanan yg dimasak oleh org islam yg tak solat jumaat..ustaz2 sekarang memang bercakap gah tp bila saya lihat bab makan mereka...hati saya mula pudar..

    BalasPadam
  2. Puan Rokiah,

    Keadaan yg puan nyatakan adalah fenomena biasa penduduk N.S suatu ketiks dahulu. MMereka sangat menghormati Tuan Guru termasuk keturunan Tuan Hj. Said.

    Arwah datuk saya juga pengkiut Tuan Syeikh Ahmad (anak Tuan Syeikh Said).

    Kebanyakkan masjid/surau kretika itu menyelitkan tahlil dan selawat azamiah ketika betzikir selepas solat fardhu.

    Sayangng, tidak banyak lagi yg betbuat sedemikian sekarang.

    BalasPadam
  3. Saya masih meneruskan selawat yg ditinggalkan cuma tidaklah buat selepas setiap kali solat fardhu,

    BalasPadam
  4. Puan Roosni,

    Saya ada sedikit pengetahuan mengenai Tariqat Ahmadiah. Sekurang-kurangnya ada aliran tariqat itu yg diamalkan di negara ini:

    1. Tariqat Ahmadiah yang berpengkalan di Rasah oleh Tuan Hj. Muhammad Said dan keturunannya,

    2. Tariqat Ahmadiah yang dibawa oleh Tuan Guru Hj Daud Bkt Abal, Kelantan,

    3. Tariqat Ahmadiah Jaafariah yg dibawa oleh Syeikh Dato Muhammad Fuad.

    Setahu saya Tariqat Ahmadiah di N.S telah diluluskan untuk diamalkan melalui satu enakmen. Sedemikian, sepatutnya tidak timbul keraguan untuk diamalkan.

    Wallahualam.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum,

    Saya juga pernah hadir ke majlis zikir di Pondok, Rasah yang di pimpin oleh Syeikh Faiz, adik or abang kepada mantan Mufti. Ramai yang hadir, ada yang datang dari Singapura juga.

    BalasPadam
  6. Zana-norzana,

    1. Walaupun arwah datuk saya berguru dgn keturunan Tn. Hj. Muhammad Said saya lebih biasa bergaul dgn anak murid Tuan Guru Hj. Daud Bkt. Abal di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, saya pernah dengar arwah datuk saya sebut nama seperti Habib, Syeikh Faiz dan lain-lain.

    2. Pada amnya zikir asas ketiga-tiga aliran tersebut sama - Tahlil, Selawat Azamiah & Istighfar al-Kabir. Aliran Bkt Abal amalkan zikir 700 pagi dan petang.

    3. Amalan Tafiqat Ahmadiah Singapura dibawa oleh anak--anak Tuan Hj. Muhammad Said - antaranya Tuan Syeikh Rasyid. Mereka di Singapura sangat aktif. Ada laman web.

    BalasPadam
  7. assalamu'alaikum..
    Pada pendapat saya yang masih muda ini apapun ajarannya selama tidak bertentangan dengan Al Qur'an dan Hadiest itu boleh boleh sahaja. Di tempat saya west sumatra juga terdapat berbagai macam aliran tarekat mulai dari Syatariah sampai Naqsabandiyah. Salah satu yang tidak saya setuju dengan mereka, mereka menetapkan awal bulan puasa dan hari raya secara sendiri dan sering berbeda dengan pemerintah/kerajaaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Nofri Melsi,

      1. Saya difahamkan di Indonesia banyak ulamak tasawuf yang hebat. Cumanya, kita perlu menyaring yang benar dan sesuai untuk diamalkan.

      2. Di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan setiap tariqat tasawuf yang hendak diamalkan perlu diluluskan oleh satu jawatankuasa bertauliah jabatan agama terlebih dahulu.

      Padam
  8. Imam Hassan Al Banna juga mengambil jalan tariqat diusia dewasanya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr IM,

      Yang salah itu bukan tariqat tasawuf tetapi ajaran sesat/salah.....

      Terima kasih di atas perkongsian ini.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."