MAJLIS PERKAHWINAN ' KENDURI SEKAMPUNG DI NEGERI SEMBILAN |
Beberapa keping gambar yang saya ‘upload’ adalah intisari sentuhan melalui kamera telefon bimbit yang sangat terhad kekuasaannya ketika saya sekeluarga balik ke kampong di Negeri Sembilan pada akhir bulan Disember 2014 kerana menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan saudara.
Saya katakan bahawa sedaya upaya saya
akan berusaha untuk menghadiri jemputan majlis perkahwinan khususnya masyarakat
kampong di Negeri Sembilan. Selain dari tuntutan syarak kerana melunaskan
jemputan, saya sangat-sangat teruja (suka sangat) dengan masakan lauk pauk
daging kerbau/lembu yang disediakan secara gotong royong oleh masyarakat kampong
semasa majlis perkahwinan.
Daging kerbau/lembu
dimasak dalam dua jenis masakan – daging masak kuning (cili api) dan daging masak
rempah (kari). Mungkin ini adalah di antara factor yang membuatkan anak-anak perantau
Negeri Sembilan rela memandu beratus kilometer untuk turut serta meraikan
majlis perkahwinan saudara mara di kampong.
Tetamu boleh makan seberapa
banyak kerana tiada sesiapa yang memantau. Kebiasaannya tuan rumah menyembelih
sekurang-kurang seekor kerbau/lembu. Justeru itu, saya dapati ramai tetamu yang
mengambil lauk terlalu banyak. Ada di antaranya objek nasi tidak kelihatan
kerana ditutup oleh timbunan lauk daging kerbau/lembu. Tiada syak lagi,
perbuatan tersebut tidak baik – hodoh!
Saya telah agak lama tidak balik
ke kampong, iaitu selama hampir 3 bulan.
Ketika balik kampong saya dan keluarga seperti biasa bermalam di
rumah pusaka peninggalan arwah ibu yang kini diwarisi oleh adek perempuan
(saudara kandung tunggal) dan keluarganya.
Sepertimana yang saya pernah
paparkan pada entry yang lalu bahawa bahagian belakang kawasan rumah keluarga
di kampong ditanam dengan berbagai jenis sayuran.
Malah, mereka (keluarga di kampong) telah menjadi juara dalam pertandingan menanam sayur di kawasan
rumah ( Poghark) Daerah Rembau.
Bagaimanapun, perkara yang
menjadi perhatian saya ketika balik kampong pada kali ini ialah wujudnya seni hias landskap baharu di halaman rumah keluarga
di kampong. Saya dapati halaman rumah kini
dihiasi pula dengan tanaman bunga-bungaan jenis renek berbagai warna yang
subur dan cantik.
Secara perbandingan, saya malu
dengan kerajinan ahli keluarga di kampong. Malu kerana kawasan rumah teres sendiri
yang sekangkang kera di bandar tidak teruruskan kerana (mungkin) ‘ sibuk ’.
Assalamu'alaikum sdr Ujang Kutik
BalasPadamSeronoknya cerita kenduri dan taman di rumah kampung tu!. Saya rasa lebih seronok lagilah si tuan rumah yang kita ra'ikan kendurinya dan si tuan rumah yang kita kagumi taman bunganya.
Selamat berada di tahun baru 2015. Semoga sentiasa dalam peliharaan Allah.
Abang Temuk,
PadamWaalaikomsalam.
Saya sangat berbesar hati apabila Abang Temuk datang ziarah blog saya.
Terima kasih.
ujang kutik,
BalasPadamHiasan sisi blog 'ujang kutik' ini pun semakin menarik pada perasan saya.. hehe.
Sdr theolrascal,
PadamJujur. Saya membayangkan kekuasaan kamera saudara ketika kuntum-kuntum bunga di taman.
...ketika membedek kuntum-kuntum..
PadamRajin menanam pokok bunga di keliling rumah buat saya teringat abah saya. Rumah saya di kampung semasa hayatnya memang dipenuhi dengan pokok bunga daripada jenis hijau hingga ke jenis orkid yang pada sesetengah orang susah untuk menjaganya hingga berbunga.
BalasPadamHari ini kawasan rumah saya suram dan semak. Anak-anaknya yang 9 orang ini tiada siapa pun mewarisi sejuk tangan abah...
Sdr IM,
PadamKeluarga saya di kampung adalah pesara dalam bidang pertanian. Minat, usaha dan ilmu membuahkan hasil yang membanggakan.