Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Ahad, 18 Mac 2012

kita blogger separuh masa

Catatlah,
yang terpampang,
atau tersampul,
yang meneman ,
alur-alur  dilalui.

Catatlah,
matrikan,
tentang kita,
tentang dunia.

Catatlah,
usah pedulikan angka pengikut,
lalu lintas maya,
kerana kitalah pengagum,
paling setia,
rumah agam blog kita.

Catatlah,
manakan tahu, “Sepatah perkataan yang dihebahkan,
memanfaatkan dunia dan seisinya.”

11 ulasan:

  1. kita pulak lain ..

    kita blogger sepenuh masa
    berblog mengalahkan orang muda
    kadang-kadang tengah malam terjaga
    memikirkan entri untuk esok harinya
    kekadang ada orang suka
    kekadang kagum sendiri saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. al-lavendari,

      Tuan perlu patenkan 'Berblog masa tua kerana masa muda tidak ada blog' dengan segera. Kalau tidak akan ada rakan-rakan seusia kita menciplak (tetapi tidak boleh didakwa) 'tag line' tersebut.

      Ya, kita bahagia dengan rumah agam blog kita.

      Padam
  2. Salam saudara ujang,

    setiap yg baik insyaallah Allah akan beri balasan terbaik didunia mau diakhirat jua...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr azmnor,

      Waalaikomsalam.

      Semoga ada patah-patah perkataan yang kita uar-uarkan memberi manfaat kepada pembaca.

      Padam
  3. Balasan
    1. Marina Monroe,

      Waalaikomsalam.

      Saya perasan MM selalu mengunjungi blog Tuan al-lavendari.

      Terima kasih.

      Padam
  4. Saudara Ujangkutik,

    Saya juga blogger separuh masa seperti saudara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Pak Mail,

      Saudaralah guru blog maya saya.

      Terima kasih.

      Padam
  5. Saudara Ujangkutik,

    Alhamdulillah. Segala puja puji milik Allah swt jua.

    Saya juga masih banyak tidak tahu tentang IT. Masih lagi belajar.

    BalasPadam
  6. Ujang kutik,

    Ada sebuah lagu stevie wonder bertajuk '' part time lover ''
    Mungkin sedkit masa lagi muncul lagu bertajuk '' part time blogger ''...

    Selamat Maju Jaya buat semua dalam dunia blogging.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Sure, kita dan rakan-rakan blogger yang lain boleh menyumbang dalam menghasilkan lyric lagu tersebut.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."