Semalam 22 March 2012,Khamis, saya menziarahi kawan yang uzur kerana sakit di rumahnya di Seri Petaling selepas waktu pejabat. Saya beredar dari rumah beliau kira-kira sepuluh minit sebelum masuk waktu maghrib. Dalam perjalanan balik saya singgah menunaikan solat maghrib di Masjid Jumaah Tabligh, Sri Petaling yang tidak berapa jauh dari rumah kawan itu. Kali terakhir saya datang ke masjid ini dan bermalam lebih kurang 3-4 bulan yang lalu.
Ramai juga jumaah tabligh yang berpakaian hampir sama (berjubah dan berserban putih) menunaikan solat maghrib secara berjumaah pada hari itu. Selepas selesai menunaikan solat maghrib saya mencari tempat duduk di ruangan belakang dewan solat di masjid yang luas dan bersih serta tidak ada peti kutipan derma atau sedekah itu.
Saya bercadang balik ke rumah di Ampang yang jaraknya lebih kurang 7 kilometer dari Seri Petaling selepas solat fardhu Isyak.
Di dewan solat ada tazkirah yang disampaikan oleh seorang penyampai yang berdiri di hadapan jumaah. Perkara yang disampaikannya adalah tajuk-tajuk biasa dan asas dalam aktiviti jumaah tabligh, yaani dakwah. Beliau tidak menggunakan teks atau kitab rujukan.
Dalam keadaan fizikal yang keletihan dan mengantuk saya memaksa diri berzikir semasa beriktikaf dan menunggu masuknya waktu Isyak.
Tiba-tiba saya didekati oleh seorang anak muda penghujung 20-an. Dia menawarkan salam perhabatan dan memperkenalkan dirinya.Namanya, Shahriman. Dia yang berasal dari A.Star, Kedah akan ke Mesir bersama beberapa orang jumaah tabligh Malaysia yang lain pada malam Ahad, 25 Mac 2012.
Katanya, pemerintah Mesir selepas Husni Mubarak menyantuni pertubuhan dakwah yang datang ke negara itu. Anggota pertubuhan dakwah dari luar Mesir dibenarkan bermalam dan menggunakan kemudahan yang ada di sesebuah masjid yang dikunjungi. Dia juga sempat meminta saya mendoakan keselamatannya sepanjang berada di Mesir.
Namanya pun pendakwah, dalam masa yang amat singkat sebelum solat Isyak dia sempat berdakwah kepada saya. Dia berkata, “ Abang (sepatutnya dia panggil saya Pak Cik) luangkanlah masa untuk keluar 3 hari. Insya Allah Abang akan memahami serba sedikit mengenai Jumaah Tabligh.”
Katanya lagi, “ Sepanjang tempoh keluar 3 hari, para ahli akan dipimpin melakukan perkara-perkara baik,bercakap perkara-perkara baik,berada di tempat baik-baik…dan semua yang baik-baik.”
Kami bersalaman sekali lagi sebaik sahaja azan menunjukkan masuknya waktu solat isyak berkumandang di setiap ruang dalam masjid itu. Dia berjalan ke arah dewan solat dan akhirnya hilang dari penglihatan saya di tengah-tengah ahli kumpulannya.
Di dalam perjalanan balik saya mencari-cari jawapan kepada persoalan yang bermain-main dalam fikiran. Persoalan itu berbunyi, “ Aktiviti atau modus operandi Jumaah Tabligh pada mata kasar berlingkar kepada berhimpun di Masjid Seri Petaling khususnya pada petang Sabtu, solat berjumaah, tazkirah atau kuliah, menyenaraikan ahli-ahli jumaah yang sanggup keluar berdakwah (3 hari,sebulan,3 bulan…),mendirikan solat malam,esoknya solat subuh berjumaah, tazkirah atau kuliah dan bersurai pada pagi Ahad. Itu sahaja.
Namun demikian, pergerakkan Jumaah Tabligh bergerak dengan cukup sistematik dan berjaya menarik minat ahli dari segenap lapangan hidup termasuk para professional. Pergerakkan Jumaah Tabligh juga kebal dan kalis dari sebarang ancaman fizikal dan perang saraf.”
Dan, melalui modus operandi yang sedemikian, Jumaah Tabligh berjaya meyakinkan anak muda seperti Shahriman meninggalkan keluarga dan tidur malam yang selesa untuk menunaikan amanah yang diyakininya jauh dari tanah air.
Ujang kutik,
BalasPadamketika umur saya di akhir 20'an
saya di kunjungi sahabat baik saya sendiri sorang anggota tabligh.
ketika makan di rumah dia duduk bersimpul,,sunnah nabi kata nye...alhamdullilah..
kemudian kami bersama sembahyang di masjid..
setelah bermalam esok nye dia mengajak saya ..
''keluar ke jalan Allah ''
Saya kata '' tu anak dan isteri saya bagaimana? ''
Dia menyuruh saya meninggalkan bekal dan serahkan pada Allah.
Pada masa itu saya berfikir...jemaah tabligh ni sebaik2 nye orang bujang.
Bagi kita yang berkeluarga gunalah cara lain untuk tujuan yang sama....
terbaekkk,,,,,,,,,,
PadamSdr theolrascal,
PadamPada pemerhatian saya di kompleks Tabligh Sri Petaling,80% adalah golongan anak-anak muda.Pun demikian, ada juga golongan dewasa.
Bagaimanapun, jangan juga under rate keupayaan kita (tuan mungkin lebih muda dari saya). Asasnya, ini ada kaitan dengan 'quality time'.
Soalan maut mereka,"Kenapa boleh keluar rumah kerana pergi kursus,melancung dsb...tetapi keluar dakwah 2-3 hari menjadi masalah?"
Sdr Pak Oncu,
PadamTerimo kasih.
Salam saudara ujang,
Padamsaya pernah aktif dalam jemaah tabligh semasa bujang dulu, keseluruhannya aktiviti nya saya tidak nampak ianya menyeleweng dari landasannya...mungkin ada serba sedikit kekurangan atas dasar kekurangan individu bukan kelemahan seluruh jemaah...
bagi saya lebih baik generasi muda bergerak aktif dalam jemaah yg berbentuk keagamaan dari menyertai kumpulan yg byk membuat sesuatu yg tak berfaedah utk hidup didunia malah tak memberikan apa-apa erti utk kehidupan akhirat nanti....Allahua`lam.
nota: Ini pandangan peribadi saya.., kemaafan saya pohonkan atas kekeliruan dan salahfaham atas komen saya.
Sdr azmnor,
PadamWaalaikomsalam,
JAUH di sudut hati saya menyenangi dan kagum dengan anak muda Shahriman. Air mukanya jernih, pakaiannya (jubahnya) kemas dan bersih.Tutur katanya sopan. Saya agak dia berpelajaran tinggi.
Saya juga yakin dia tahu mengemudi hidupnya untuk kebaikan dunia dan akhirat
saya lebih tertarik melihat kepada ikatan uhkwah yg terbina dlm kalangan pengikut tabligh..ada juga kalangan mereka yg agak selekeh..yg ini kurang menyenangkan saya..sebilangan sahaja..namun kegigihan mereka sewaktu dlm kumpulan amat yg sanjungi..malangnya, berdasarkan pemerhatian saya..mereka kembali lemah bila bersendiri..hanya pandangan peribadi dgn pemahaman yg cetek saya ttg tabligh..maaf jika saya tersilap..
BalasPadamp/s t kasih atas kesudian mengikuti kembali dan memberikan komen yg bernas di blog saya.. saya sgt bersetuju dgn pandangan saudara Ujang Kutik.. salam persahabatan dari saya - atasnamaaku
Sdr a.samad jaafar,
BalasPadamSaya juga sempat bertanya Shahriman mengenai persepsi negatif masyarakat terhadap Jumaah Tabligh.
Dia mengaku,tetapi kes-kes yang terpencil.
Saudara Ujangkutik,
BalasPadamSaya terpanggil untuk memberi sedikit pandangan tentang jemaah ini.
Tentu sekali tiada suatu ikatan pertubuhan atau dalam istilah Islam dipanggil jemaah seperti ini dan begitu juga jemaah seperti Ikhwanul Muslimin di Mesir 'perfect'. Banyak kelebihan dan tidak kurang juga kelemahan. Namun kita tidak usah sentuh atau perkatakan tentang kelemahannya.
Antara kelebihannya yang banyak orang2 biasa seperti saya tidak kuat atau tidak sanggup tempuhi adalah kekuatan mereka kepada mengajak orang2 lain mengerjakan ma'ruf. Mereka begitu komited. Biarpun mereka dipandang sinis dan adakala menerima kata2 tentangan tetapi mereka tetap istiqamah.
Suatu ketika saya sendiri beserta beberapa jemaah yang diketuai oleh seorang 'karkun' senior mendatangi satu rumah dan mendapati beberapa anak muda serta seorang yang agak berumur sedang berada di hadapan rumah.
Setelah memberi salam dan salam disambut, ketua kumpulan membuka muqaddimah. Belum habis muqaddimah orang dewasa yang agak berumur terus menentang dengan berbagai2 alasan 'rejection' kepada kami. Apabila kami diberi sambutan begitu kami pun memberi salam dan beredar.
Namun bagi jemaah tabligh perkara itu adalah perkara biasa yang barangkali tiada kudis. Mereka tetap terus bergerak.
Di sini saya juga terpanggil untuk bertanya. Apakah perkara kecil seperti ini kita sanggup hadapi. Apatah lagi pada usia kita yang telah menjalani separuh perjalanan kehidupan.
Satu perkara ingin saya maklumkan untuk pengetahuan pembaca blog ujangkutik, Allahyarham Dato' Nasimuddin (tidak pasti nama sebenarnya) pengasas syarikat konglomerat NAZA adalah salah seorang 'karkun' yang telah banyak menyumbang wang derma untuk pembinaan Masjid Tabligh Sri Petaling.
Allahu 'alam
Sdr Pak Mail,
PadamSemoga Allah melindungi kita dari syak wasangka khususnya terhadap golongan berjalan ke jalan yang diredhai. Benar,di kalangan kita orang biasa tidak terlepas dari kelemahan dan kekurangan.
Persepsi dan isi hati saya terhadap golongan ini sama, sependapat dan satu kem dengan tuan.
Bulu roma saya juga meremang apabila tuan nyatakan bahawa Allahyarham Tan Sri Nasimuddin (NAZA)ialah salah seorang 'karkun' dan penyumbang besar kepada kelancaran aktiviti Jumaah Tabligh.Semoga sadaqah jariahnyanya diterima oleh Allah.Saya percaya kebanyakkan di kalangan kita tidak tahu perkara ini.
Semoga Allah letakkan kita di kalangan hambanya yang bersimpati dan membantu golongan yang berjalan ke jalan Allah, 'amar maaruf nahi mungkar' bukan sahaja kepada Jumaah Tabligh tetapi juga kepada golongan, kelompok atau individu yang lain.
Saya mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana menyampaikan info-info menarik untuk dikongsi dan dimanfaatkan.