‘apalah yang dikelirukan,
hidup sememangnya selalu keliru,
tunggang terbalik – lintang pukang,
inikan pula himpunan kata-kata,
bukannya puisi,
bukan juga falsafah,
blogger separuh masa,
tidak bernama dan kemana.’
Untuk jadi baik,
tika sesat di lorong maksiat,
carilah teman orang jahat;
celupar bicaranya,
kuat amarahnya,
atas nama dakwah,
'amar maaruf nahi mungkar.
Untuk terus jadi jahat,
tika bergelumang dosa,
carilah kawan orang baik;
lunak madahnya,
mengulum senyumnya,
kubur masing-masing,
atas nama ‘lu punya suka’.
Saudara UjangKutik,
BalasPadamKita terpedaya sekiranya menyangka kita orang baik
Kita terbuai sekiranya menyangka kita berilmu tinggi
Kita hanya insan yang serba kekurangan
(Ingatan untuk diri saya)
Sdr Pak Mail,
PadamSinopsis catatan ini terilham melalui pemerhatian saya ke atas dua orang anak bujang saya.Mereka amat rapat. Tidur se bilik dan se katil. Mereka amat menjaga perasaan masing-masing, yaani tidak menyakitkan hati dan singgung menyinggung.
Malangnya,amalan tersebut juga diaplikasikan secara tidak betul. Saya perhatikan jika ada di antara mereka liat sedikit hendak solat di atas sebab-sebab tertentu (mungkin tidur lewat), si adik atau si abang tidak berusaha hendak mengingatkan atau mengejutkan (si abang atau si adik).Kerana apa? 'Sangat sayang' dan menjaga hati.
Begitulah juga senario persekitaran di luar.Kita akan lebih selamat dalam beragama berkawan dengan kawan yang vokal - jahat mulut dan kuat amarah ketika kita salah.Dia 'memantau' dan menegur gerak laku kita yang tidak tepat samada secara berhikmah atau kasar (terus terang).
Sebaliknya,ada di kalangan kita yang terus hanyut kerana berkawan dengan orang yang dianggap baik - kerana tidak menegur yang menyebabkan sakit hati.
Sesungguhnya,Allah sahaja yang maha mengetahui.
salam saudara ujang,
Padamsaya menyetujui pemerhatian saudara kerana saya sering "keliru" dgn apa yg saya lakukan utk kebaikan perhubungan bersama anak-anak dan rakan-rakan.....
semua hati perlu dijaga....namun bagitu kepahitan disebalik kebenaran terpaksa diterima dan ditelan untuk satu pembetulan atas segala kesilapan.....Allahua`lam.
Sdr azmnor,
PadamWaalaikomsalam.
Benar, untuk bercakap benar kepada orang tertentu bukannya suatu perkara yang mudah.Hakikatnya,kita sendiri pun tidaklah begitu mudah menerima nasihat,pandangan atau teguran daripada orang lain.
Kita cuba dan berusaha.
Ujang Kutik,
BalasPadamintro 'keliru' tu boleh di jadikan lirik ragu..
sapa pulak nak cipta melodi nye.....
Sdr theolrascal,
PadamPada mulanya kawan-kawan kata falsafah catatan ini terbalik dan mengelirukan sebab elemen 'baik & jahat' menjadi tunggang langgang.
Bagaimanapun, apabila saya terangkan sinopsisnya, ada yang setuju dan ada juga yang angguk-angguk - mungkin kurang setuju.
Saya sendiri tidak menganggap catatan ini sebagai puisi. Catatan ini cuma catatan biasa yang saya cuba 'lampirkan' dengan mesej tertentu yang mengkhusus kepada nasihat dan pedoman.
'Harap-harap M.Nasir tersalah click lalu terbaca blog saya dan mencipta melodinya."
salam kenal
BalasPadamdari blog IM..sampai ke sini..
utk berseloka,bermadah mcm tuan hamba,saya tak pandai...:)
Puan Kamsiah,
PadamWaalaikomsalam.
Terima kasih kerana datang ke blog saya.
Saya biasa dengan Bandar Kulim kerana tugas sejak tahun-tahun 80-an lagi.Mee goreng mamak kereta sorong di tengah Bandar Kulim sedap juga.
tkasih kerana ziarah blog IM yang tak sepertinya. IM pun ada blog puisi.
BalasPadamSemoga kita meneruskan perhubungan walaupun cuma melalui maya pada masa-masa akan datang.
PadamTerima kasih.