Dalam satu forum, salah seorang ahli panel telah ditanya mengenai rakyat Singapura yang begitu berdisiplin di negara mereka tetapi ‘hampeh’ apabila datang ke negara kita. Jawab ahli panel itu, “ Pada asasnya naluri tata kelakuan manusia sama. Yang membezakan ialah keberkesanan peraturan atau undang-undang .”
Pendapat ahli panel itu mungkin boleh dikaitkan dengan peranan yang dimainkan oleh anggota-anggota polis pencegah maksiat Acheh seperti yang tersiar dalam akhbar harian KOSMO pada hari ini, Selasa, 10/04/2012.
Satu pasangan kekasih yang sedang asyik memadu asmara di tepi pantai pada siang hari telah ditahan oleh anggota-anggota polis pencegah maksiat Acheh.
Perlu diingat bahawa pasangan itu bukannya bermukah di atas ranjang dalam sebuah bilik yang berkunci. Mereka, bukan muhrim, berbual-bual di tepi pantai di siang hari dalam situasi masih belum ada ikatan perkahwinan. Gamaknya, di luar wilayah autonomi Acheh, perbuatan pasangan itu tidak dipedulikan oleh sesiapa pun.
Anggota Polis Pencegah Maksiat Aceh : “Adakah kamu sudah berkahwin?”
Pasangan kekasih: (Menggelengkan kepala).
Anggota Polis Pencegah Maksiat Aceh : “ Perbuatan ini tidak dapat diterima di Aceh. Kita mempunyai undang-undang syariah di sini. Pergi pulang sekarang.”
Alangkah indahnya hidup ummah apabila penguasa menyantuni kehidupan beragama rakyatnya sedemikian rupa….
Saudara Ujangkutik,
BalasPadamPastinya tidak ramai yang merasai indah berkehidupan dikekang dengan pelbagai larangan agama Islam.
Adakala saya sendiri tidak mampu untuk menegur anak2 muda berpacaran dan berpeleseran apabila terlihat.
Lemahnya diri ini.....
Sdr Pak Mail,
BalasPadamSatu atau dua tahun lepas tersiar di akhbar mengenai seorang dibelasah di pintu pagar masjid setelah selesai menunaikan solat berjumaah.
'Kesalahan' hamba Allah itu ialah menyuruh makmum di sebelahnya pergi ke saf hadapan yang kosong.
Mungkin, mereka-mereka yang kuat semangat dan komited sahaja boleh bertahan di dunia mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran ini. Siapakah mereka?
Setahu saya, kita ada akta yang melarang perlakuan tidak senonoh, berjudi dan sebagainya. Sekali sekala kita digumbirakan dengan tangkapan-tangkapan orang berjudi,membeli nombor ekor,khalwat,....Sisi-sisi memperkasakan penguatkuasaan perlu dipertingkatkan lagi.
Indahkah atau mengganggu 'privacy' dan hak asasi apabila seorang anggota polis Unit Pencegah Maksiat menahan pasangan kekasih yang menaiki motorsikal/kereta di lampu isyarat dan menasihatkan mereka dengan kata-kata,"Perbuatan ini tidak dapat diterima.Pulang sekarang."?