Suatu ketika,
di tapak bangunan rumah kedai itu,
kita jadikan gelanggang takraw,
tempat kita berkumpul dan bermain,
pada petang-petang selepas kerja,
di pinggir perumahan kita,
atas tanah milik kita.
Kita pun terlupa,
bilakah jentolak memugar gelanggang kita,
lalu didirikan bangunan rumah kedai itu.
Barangkali; ketika kita asyik dengan tugasan,
riuh berpolitik,
menghafal nama-nama artis,
menonton drama orang kita kaya raya kerana berniaga,
berjumaah di restoran dan warung-warung tepi jalan.
Entah sampai bilakah,
kita akan setia memerhati,
riuh-rendah di bangunan rumah kedai itu,
dari anjung rumah kita,
yang semakin terlindung dan terkepung.
Bang.... sejak du monjak ni puisi yoo ???
BalasPadamSdr Pak Oncu,
BalasPadamInsya Allah, selagi adat dijunjung,"bangunan rumah kedai" tidak akan didirikan di atas tanah pusaka kita.
hari demi hari saya memerhatikan perubahan yang didakwa sbg pembangunan..sayangnya, kita tetap juga jauh ketinggalan..
BalasPadamSdr a.samad jaafar,
PadamYa,seperti pembangunan terutamanya 'rumah kedai' dan kondomonium 'menghalau' kita ke kaki gunung secara sistematik....
Atas nama kemodenan
BalasPadamtanah itu dipugar
untuk ditanam benih bernama kemajuan
kerana sepak takraw
bukan lagi menghasilkan wang!
- izin IM linkkan blog ini ke sisi blog IM.
IM hargai kekerapan tuan mengunjungi IM.
Sdr IM,
PadamSaya sangat berbesar hati.Terima kasih.
Ya,kita tiada tempat lagi untuk bermain takraw.Agaknya,orang Pulau Pinang lagi lama tidak mempunyai gelanggang takraw.Dikhabarkan ramai sahabat-sahabat kita Orang P.Pinang mencari gelanggang di tanah besar - Seberang Perai,Bukit Mertajam....