Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Ahad, 15 April 2012

apa kata kita menghidupkan malam di masjid tabligh sri petaling,kuala lumpur

Saya pernah mengunjungi sebuah blog yang mendakwa dibarisi oleh para ilmuan agama tetapi begitu keras penentangannya terhadap Jumaah Tabligh. Setelah letih membaca berbalas ulasan atau setepatnya berbalah sehingga ke tahap mengungkit-ngungkit penampilan diri di antara tuan punya blog dengan tetamu blog yang mungkin dari ahli Jumaah Tabligh,saya meninggalkan blog itu dengan sepotong catatan yang lebih kurang berbunyi,“Saya terpaksa bersabar ke tahap maksima mengikuti ‘pertembungan’ yang tidak sepatutnya berlaku ini.”
Saya tidak berhajat menyebelahi mana-mana pihak kerana menyedari kekurangan diri dalam ilmu agama. Saya dapati masing-masing pihak mampu mengemukakan hujah dengan nas-nas yang pada kita orang biasa tidak dapat membezakan mana satu lebih kuat dan sahih.
Apa yang saya tidak perkenan ialah pendekatan berhujah oleh salah satu pihak yang terlalu emosional sehingga menyentuh penampilan peribadi, yaani pakaian dan janggut pihak yang satu lagi.
Perkara yang diperdebatkan ini sebenarnya bukan perkara baru. Prasangka negatif terhadap Jumaah Tabligh telah lama bertapak bukan sahaja di kalangan orang-orang agama, malah lebih parah lagi di kalangan orang biasa. Namun demikian, kalau kita perhatikan dengan jujur,prasangka tersebut mutakhir ini telah banyak berkurangan.
Mungkin masyarakat sudah letih. Kumpulan Jumaah Tabligh tidak sedikit pun terkesan dengan pandangan dan penerimaan segolongan masyarakat terhadap mereka. Kumpulan tersebut terus berkembang dan semakin kukuh bertapak dari hari ke hari.
Bagaimanapun, tujuan catatan ini bukannya hendak mengajak pembaca menyertai kumpulan Jumaah Tabligh. Saya sendiri setakat ini tidak menganggotai kumpulan itu. Saya cuma ingin menyarankan satu idea untuk mengisi masa senggang pada hari cuti Sabtu malam Ahad kepada pembaca di sekitar Selangor/Kuala Lumpur.
Sebelum itu saya dengan ikhlas ingin bertanya beberapa pertanyaan yang saya kategorikan sebagai ‘Sulit’. Pembaca tidak perlu menjawab soalan-soalan tersebut. Pembaca jawablah pada diri sendiri:
Soalan Pertama:
Bilakah kali terakhir anda solat subuh berjumaah?
Soalan Kedua:
Bilakah kali terakhir anda solat sunat tahajjud/mendirikan malam (qiamullail)?
Soalan Ketiga:
Bilakah kali terakhir anda beriktikaf di masjid?      

Saya yakin permasalahan dari 3 (tiga) pertanyaan tersebut (jika ada) dengan mudahnya dapat diselesaikan dengan mendirikan malam bersama Jumaah Tabligh di Masjid Jumaah Tabligh Sri Petaling,Kuala Lumpur. Anda boleh datang pada bila-bila masa kerana masjid ini dibuka 24 jam. Malah, kalau anda sibuk sangat anda boleh datang selepas Maghrib atau Isyak pada hari Sabtu malam Ahad.
Selepas usai menunaikan solat subuh berjumaah pada pagi Ahad, anda dengan jayanya telah mencapai KPI asas (Beriktikaf, menunaikan solat sunat tahajud/mendirikan malam (qiamullail) selagi mana anda termampu dan solat subuh berjumaah).
Seawal jam 8.00 ke 9.00 pagi anda telah berada semula di rumah dan bersarapan pagi bersama keluarga. Sangat mudah dan tidak ada karenah birokrasi. Mengikut pengalaman, pihak pengurusan Jumaah Tabligh tidak pernah mencurigai atau melarang bukan ahli mengimarahkan masjid mereka untuk beribadat dan mendekatkan diri dengan Allah.           
Ini cuma saranan saya. Ikhlas tanpa ada agenda lain. Itu pun kalau anda tidak mempunyai persepsi negatif dan kronik terhadap kumpulan tersebut. Terpulanglah……….

6 ulasan:

  1. ujangkutik,

    Soalan pertama , kedua dan ketiga...
    takpa saya jawab..
    lama dah nak sebut sejak bila pun tak tergamak..alahaii..

    Memberi idea masa lapang dan saranan kepada kebaikan dunia akhirat itu sesuatu yang di tuntut.

    Insyallah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Tiga soalan paling minima itu juga ditujukan kepada saya sendiri.

      Padam
  2. IM tetap respek sahabat Tabligh. Mereka lebih komited ke masjid dan berdakwah rumah ke rumah.

    adik IM juga seorang Tabligh.

    BalasPadam
  3. Sdr insan_marhaen,

    Kelebihan itulah di antara perkara positif yang membezakan mereka dengan kebanyakkan kita.

    Semoga kita juga menjadi lebih baik.

    BalasPadam
  4. Kakak bukan kalangan jemaah Tabligh juga tapi kakak terpanggil di sini utk memberi sedikit kata. Kalaupun kunjungan yg membawa kebaikan mengapa selalu benar banyak yg mempertikaikannya tapi kalau yg membawa kemungkaran bagaikan cantik tiada salah apa pun. Kalaupun ada sedikit yg tidak berkenan dihati dek penampilan usah dipertikai. Seperti janggut dan cara pakaian itu adalah sunnah so... kalau tak nak jgn pertikai. Tapi ilmu yg dibawa utk mengajak mengimarah masjid itu ikutlah - dengar tazkirah bukan ajak buat dosa pun.. kenapa kalau tempat yg membuat maksiat tak pula di serang bertubi-tubi... dunia ini telah tua sebenarnya... (maaf kakak kadang emosi juga)...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakzakie,

      Terima kasih kerana lawat blog saya.

      Inilah 'stigma' yang nampaknya terlalu payah untuk dirungkai sejak dahulu hingga sekarang.Melibatkan semua golongan - ahli agama, sedang-sedang dan terlebih lagi yang jahil.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."