Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Ahad, 29 April 2012

sejak bilakah kita pelopori profession ini?

Semalam, Sabtu, 28 April 2012, bersamaan 6 Jamadilakhir 1433, ada berita mengenai ‘Bersih 3’ dari burit kota Kuala Lumpur. Bukan sahaja kepada penduduk di pinggir kota kosmopolitan itu yang tidak berada di lokasi kejadian,  penduduk yang jauh di pedalaman Semenanjung, Sabah dan Sarawak juga sangat ingin mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di sana.

Selain dari berita-berita semasa yang diperolehi melalui media visual arus perdana, iaitu rangkaian television, mereka menanti-nanti kemunculan akhbar Ahad, 29 April 2012 untuk mendapatkan berita yang lebih jelas.

Maka hari ini, Ahad, 29 April 2012, mereka membeli surat khabar. Kebanyakkan mereka ialah pembaca konvensional, yaani membaca akhbar yang sama sejak mereka pandai dan mampu membeli surat khabar. Mereka mendapat berita dan mempercayai berita tersebut. Mereka ini tidak ada masalah.

Namun demikian, samada disedari atau tidak, sejak beberapa tahun kebelakangan ini wujud kelompok masyarakat yang tidak membaca akhbar arus perdana sama sekali. Mereka bukan sahaja tidak membaca, mereka membenci akhbar-akhbar tersebut. Mereka cuma membaca ‘akhbar-akhbar mereka’ sahaja. Mereka mempercayainya. Mereka ini juga tidak ada masalah.

Yang menjadi masalah ialah kepada golongan yang membaca lebih dari satu akhbar yang berbeza sempadan politik. Mereka ini akan mendapati bahawa berita yang dibaca melalui akhbar arus perdana dengan yang dibaca melalui akhbar alternatif sangat kontra. Nisbah kontranya umpama ‘antara langit dengan bumi’.

Contoh klasik betapa kontranya laporan ‘Bersih 3’ di antara akhbar @ media arus perdana dengan akhbar @ media alternatif dapat kita ketahui apabila membaca kedua-dua jenis akhbar tersebut hari ini. Saya tidak bercadang menyenaraikan perbezaan maklumat-maklumat atau ‘pembohongan’ berita oleh salah satu pihak dalam catatan ini.

Jelas, mesti ada akhbar @ media yang berbohong. Kita selalu dengar bahawa pelacuran adalah profession tertua dunia. Dapatkah kita katakan bahawa ‘menghasilkan berita bohong’ adalah satu lagi profession tidak senonoh malah setaraf pelacur atau lebih teruk  dari itu yang dipelopori oleh orang Islam di negara kita sekarang?
  
Sangkutkan pakaian politik kita seketika di mana-mana, fikirkanlah.

10 ulasan:

  1. Terbaekkkk ,,,,, den pun maleh nak komen Bang Ujang...

    BalasPadam
  2. Untuk negara bangsa dan ugama. Itulah cugan kata orang Melayu dalam tahun 1950an. Apa yang ada sekarang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan Al-Manar,

      Sekarang kita sedang menunggu 'Robin Hood' versi Melayu untuk mendamaikan dan menyelamatkan kabilah bangsa. Ianya bukan di kalangan:

      1. Pandai agama yg takut mati,
      2. Politikus yg asyik berkelahi,
      3. MP Bebas yg langsung tidak boleh dipercayai,
      4. NGO yg berat ke kanan atau ke kiri.

      Ianya atau sebilangan mereka yg dilihat tidak memihak,berilmu,berkarisma dan ada harta.

      Padam
  3. Ujang Kutik.

    Saya setuju dan lama dah perasan akan perkara ini dimana berita di 'spin' kan. Contoh jelas dan mudah adalah jumlah peserta yang menyertai satu2 perhimpunan. Dengan jumlah perbezaan yang ketara pasti lah salah satu nye berbohong.

    Secara am nye kita akan bertanya media mana yang lebih berkredibaliti.
    Kalau kita berpihak kita tanpa sedar akan menjadi bias mengikut tafsiran politik kecondongan kita.

    Mahu kah segolongan kita itu benar2 menerima hakikat kebenaran itu dengan fakta2 kebenaran yg sudah pun terlalu jelas depan mata.

    Kadang kita soal kita jawab lah sindri hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Sungguhpun seseorang itu tidak akan mampu untuk berkecuali secara total, dia wajib gentleman.Jangan jadi pembohong.

      Benar, acapkali kita soal-kita jawab.Sekurang-kurangnya itu terapi diri.

      Padam
  4. IM juga ingin menutup buku semalam. IM dah tunaikan yang terbaik.

    IM buka buku baru. Jauh lagi perjalanan ini yang perlu kita catit!

    Tuhan kita sama. yang tidak sama ialah amalan kita terhadapNya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr IM,

      Ya, kita ada sedikit kelebihan,boleh mencatat.

      Saya sentiasa tertunggu-tunggu catatan saudara yang berikutnya.

      Padam
  5. Assalamualaikum,
    salam persahbatan tuan ujang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam,

      Semoga kita saling kunjung mengunjung.

      T.Kasih.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."