Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Khamis, 31 Mei 2012

jangan!

Dalam disiplin mendidik anak-anak, pasangan moden dan liberal mengelak menggunakan kalimah ini, 'JANGAN'. Pakar motivasi pula menasabkan kalimah 'JANGAN' sebagai parasit. Dipiawaikan, sesiapa yang menjadikanya sebagai mantra dalam kehidupan seharian, biasanya dia atau mereka tidak boleh 'pergi jauh' dalam hidup. 

Namun demikian, sisi lain kalimah 'JANGAN ' juga boleh dijadikan pemangkin dan panduan untuk mencapai tahap kesempurnaan dalam apa sahaja urusan yang dilakukan. Sama-samalah kita peramati kata-kata bijak pandai mengenai kalimah 'JANGAN' seperti berikut :

Jangan berfikir ketika harus bertindak,
Jangan bertindak apabila kita perlu
mencari fakta terlebih dahulu,
Jangan membuat pilihan ketika kita perlu menganalisis,
Jangan menganalisis ketika kita perlu mengeluarkan pendapat,
Jangan 'melompat' ke hadapan ketika kita berfikir
dan membuat pertimbangan,
Jangan ragu-ragu ketika kita perlu 'melompat'.


              

10 ulasan:

  1. Kakak tak ragu-ragu nak melompat ni tapi bukan jadi 'katak' macam sesetengah org tu. Lompatan ini perlu demi kebaikan anak-cucu kakak kelak.... Jomlah kita ajak teman-teman kita lompat sama UK...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakzakie,

      Saya tidak perlu 'melompat' ke kampung seberang kerana ini kampung saya sejak dilahirkan. Namun, saya akan pastikan isteri dan anak-anak saya juga di 'kampung kita'.

      'Katak-katak' tu tak lama lagi hilanglah mereka.Bagaimanapun, kita sedih kerana mereka yang kononnya mempunyai asas yang kuat akhirnya berkawan dengan 'orang yang bukan-bukan'.

      Semoga kita berjaya. Insya Allah.

      Padam
  2. Saudara Ujangkutik,

    Teringat saya akan lagu dari nyanyian Tan Sri P. Ramlee.

    "JANGAN JANGANlah adik angan-angan
    Merayau ke alam impian
    Duduk termenung kesepian
    Tiada teman"

    Larangan agar tidak berangan panjang semestinya diterapkan. Kerana berangan-angan panjang dalam Islam membawa pengertian "Menaruh harapan atas angan-angan tersebut sehingga terlupa kepada saat kematian yang akan berlaku
    bila-bila masa sahaja".

    Allahu'alam

    BalasPadam
  3. Sdr Pak Mail,

    Mungkin sampai satu peringkat umur manusia tidak dibolehkan berangan-angan langsung kerana akan hilang fokus kepada tuntutan yg lebih besar, iaitu beramal ibadat.

    Sdr Pak Mail,

    Semoga kita juga tidak hilang fokus.

    BalasPadam
  4. Jangan fikir yang negatif sebelum mencuba..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kalimah 'JANGAN' sebenarnya fleksibel atau dwi fungsi.

      T.Kasih.

      Padam
  5. ujang kutik,

    Jangan pandang belakang teruskan berblog..ahahaha..

    BalasPadam
  6. Sdr theolrascal,

    Jangan tak baca..he..he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam saudara Ujang...,

      asal JANGAN jadi kaldai dadah.....ingatan utk semua... :)

      Padam
    2. Sdr azmnor,

      Khususnya anak-anak gadis kita.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."