Walaupun telah ‘ settle down’ di Lembah Klang hampir 35 tahun, dan meninggalkan kampung halaman dalam tempoh tersebut, jiwa saya tidak pernah melupakan tanah tumpah darah saya di sebuah kampung pedalaman, di Negeri Sembilan walaupun seketika. Kampung saya, Kampung Chengkau Ulu, Kota, Rembau, Negeri Sembilan, lebih kurang 100 kilometer dari Kuala Lumpur.
Dan kini, ketika satu-satunya penyambung legasi keluarga di kampung yang masih ada, iaitu saudara kandung tunggal (adik perempuan) dan keluarganya, saya akan balik ke kampung seperti selalunya pada setiap kesempatan yang ada. Ini adalah komitmen saya, dan saya tidak pernah berkompromi. Seperti anda, manakan boleh saya melupakan kampung halaman:
RUMAH PUSAKA
Rumah pusaka ini adalah ‘anak tangga cinta’ , yaani hadiah dari seorang adik kepada kakaknya seorang ibu tunggal. Ibu tunggal itu ialah ibu kandung saya (dan adik perempuan saya). Bapa saudara saya, Pak Ongah, membina rumah ini (senibina rumah limas) di sekitar tahun 1965.
Adik perempuan saya dan suaminya ‘menambah nilai’ keterampilan rumah ini seperti yang dilihat sekarang.
Bagaimanapun, rumah asal induk rumah (rumah limas) masih dikekalkan. Pak Ngah saya, 73, masih sihat walafiat dan kini menetap bersama keluarganya di Sg.Baung, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Saya baru sahaja menziarahi beliau pada pertengahan bulan Mei 2012 yang lalu.
Di rumah inilah saya (dan adik) membesar, membina jati diri sebagai anak kampung pedalaman, dan melangsungkan ‘real kehidupan’ di dunia luar seadanya. Segala kenangan lalu dengan mudahnya boleh mengusik jiwa dan keasyikkan saya.
LALUAN KERETAPI
Laluan keretapi Kuala Lumpur – Singapura membelah-lalu di tengah-tengah kampung saya. Keretapi dan segala elemen yang berkaitannya – keretapi barang, keretapi penumpang, keretapi ‘kancil’ (keretapi ekspres, pendek dan laju), kuarters pekerja (yang dipanggil ‘Kaman’), 'slipper' keretapi (kayu pengalas landasan keretapi yang boleh dibuat pagar kawasan rumah apabila KTM mengganti 'slipper' baru), pekerja keretapi (yang diketuai oleh seorang mandor keturunan India – malangnya saya lupa nama beliau ) dan masa keretapi melalui kampung kami sangat dekat dan akrab dengan kami penduduk kampung.
Saya masih ingat mengenai cinta tidak kesampaian seorang pekerja buruh KTM yang berasal dari Kelantan, Musa, dengan seorang gadis kampung saya suatu ketika (puluhan tahun) yang lalu. Musa, seorang pemuda yang agak kacak, baik, berbudi bahasa,telah hilang pelat Kelantan, pandai bermain sepaktakraw, dan disenangi oleh penduduk kampung kecundang kepada seorang pemuda tempatan yang mempunyai kerjaya yang lebih baik darinya.
Penduduk kampung generasi terdahulu juga menggunakan waktu keretapi melalui kampung kami sebagai ‘jam’ atau panduan untuk melakukan sesutu kerja seperti memasak, pedoman waktu anak balik sekolah, temujanji dan sebagainya.
Di laluan kecil sebelah kiri-kanan keretapi juga saya pernah berbasikal ke sekolah rendah dengan adik saya sebagai pemboncengnya. Jarak dari rumah ke sekolah kami lebih kurang 3 kilometer.
Bagaimanapun, pembinaan laluan keretapi elektrik Kuala Lumpur – Johor Bharu yang kini di fasa akhir, ‘menguburkan’ sebahagian kenangan masa lalu. Beberapa buah rumah penduduk kampung yang terletak di laluan projek pembinaan terpaksa dirobohkan. Penduduk kampung juga tidak bebas lagi melintas laluan keretapi seperti masa dahulu kerana terpaksa menggunakan jejantas.
SAWAH
Kawasan ini asalnya adalah tanah sawah keluarga saya. Di sinilah tempat saya bermain air, berlari-meniti-jatuh- bangun pada permatang sawah, memancing ikan puyu dan sembilang di lubuk-lubuk kecil dalam kawasan sawah padi, menimba lubuk, ‘berebut air’ dengan Pak Cik Samin untuk mengairkan tanah sawah masing-masing, ‘mengubah’ benih padi, meracun tikus, bermain serunai anak padi,menuai dan membanting padi, menghalau burung pipit yang memakan padi, dan menikmati fenomena alam sawah padi berlatarbelakangkan bukit bukau dan gunung ganang.
Kini penduduk kampung saya tidak lagi bersawah. Allahyarham Datuk saya telah menanam pokok buah-buahan di bekas kawasan bekas tanah sawah. Alhamdulillah, pokok buah-buahan yang beliau tanam seperti pokok durian dan petai telah
mengeluarkan hasil yang dapat dirasai oleh zuriat keturunannya – anak, cucu, ckicit dan oneng-oneng. “Terima kasih, Atuk.”
mengeluarkan hasil yang dapat dirasai oleh zuriat keturunannya – anak, cucu, ckicit dan oneng-oneng. “Terima kasih, Atuk.”
Bekas kawasan sawah padi kini dijadikan padang ragut lembu dan kambing yang diusahakan oleh suami adik saya yang bersara awal.
Ini adalah pemandangan yang saya rakamkan kira-kira 2 kilometer dari kampung saya. Saya menyedari ada kalangan pembaca yang menyukai gambar ini. Sebaliknya, saya juga menyedari ada sebilangan yang tidak menyenangi gambar tersebut.
Sebenarnya, kibaran bendera seperti ini mendominasi hampir setiap ruang dan pemandangan di kampung saya dan juga di kampung-kampung sekitarnya. Bagaimanapun, anda sewajarnya jangan mudah tertipu dengan gah luaran. Beginilah juga lebih kurang keadaannya pada PRU yang lalu. YB Khairy Jamaludin hampir ditewaskan oleh lawannya pada PRU 12. YB KJ perlu berhati-hati dengan 'silent killer' dalam PRU 13 andainya beliau bertanding lagi di kawasan ini, yaani parlimen Rembau.
Sebenarnya banyak lagi perkara yang hendak saya tuliskan.Namun, saya tawakufkan keinginan tersebut.
Ujang Kutik,
BalasPadamEntri yang amat nostalgik. Saya amat seronok menatap nye lebih2 tuan memaparkan banyak gambar
sekitar rumah di mana tuan di besarkan dan juga kawasan kampung halaman.
Cantik kampung tuan..hehe.
Harapan saya dapat tuan menyambung kan cerita Kampung Chengkau Ulu tuan ini dengan paparan lebih banyak gambar2...haha
Rasa nye mewah kehidupan adik tuan di kampung tu..dengan hasil kampung...buah durian lebat, ternakan kambing dan mungkin banyak lagi...
Saudara olrascal,
PadamMari kita pakat2 pergi Kg Chengkau Ulu.....
Sdr Pak Mail,
PadamWelcome.Kita daki Gunung Datuk (Gunung Rembau) di belakang rumah saya.Kita jumpa YB KJ....he,he.
Saudara Ujang..,
Padammemang kelas....dan Nostalgik.....saya selalu juga kesana...
Sdr azmnor,
PadamSalam sahabat.
Lama sungguh tuan tidak menulis dalam blog.
Salam kembali saudara Ujang..,
Padammasa dikala ini tidak mengizinkan berkarya....tapi pasti akan berkarya lagi dilain masa..insyaallah...
Pulanglah kekampong selepas 35 tahun mengembara. Saya pulang selepas 30 tahun dan berpuas hati dapat memberi sedikit sebanyak bakti kepada mereka yang serba berkurangan. Pak Lah tak akan ada selama-lama.
BalasPadamTuan Al-Manar,
PadamTerima kasih kerana sering ziarah blog saya.Saya juga ada melawat blog tuan.
Ya, 'Dia' telah tiada buat selama-lamanya.Tetapi 'Pusat Tamadun Islam K.Trengganu' 'ada'.
Sdr theolrascal,
BalasPadamTuan, kamera baru (murah) , itu pun manyak mode yg belum tahu lagi.He..he..
Sekarang saya di K.Trengganu, musim mencandat sotong.Saya tidak pasti samada saya kalis mabuk laut ketika mencandat Khamis malam Jumaat ini.Pertama kali mencandat.