Saya telah acapkali bermalam di Kuala Terengganu. Berpuluh kali. Namun demikian, saya tidak pernah mengalami suasana se 'karut' sekarang. 'Karut!'
Karut, bila tuan punya Merc,BM,Honda,Toyota Hilux/Camry/Altis, Mazda atau Proton Preve mencemar diri berebut dengan tuan punya Wira, Myvi, Viva,Van Lite Ace atau van lama Ford cuma untuk mendapatkan sebuah bilik yang biasanya cuma berharga RM60.00 semalam. Kini? RM120.00 semalam!
Sedemikian, kita dengan penuh takjub tetapi kasihan melihat kereta-kereta mewah bersidai di hotel-hotel budget, homestay atau resort sengkek.
Hotel-hotel mewah dan sederhana - Primula Beach Resort, Felda Residence,Sumai Suite, Grand Continental dan yang sedarjat telah habis ditempah oleh mereka-mereka yang bukan sahaja mampu tetapi 'alert' dengan kebejatan Kuala Terengganu/Marang ketika musim cuti sekolah dan musim mencandat sotong.
Malah dalam keadaan sekarang, kaki-kaki yang ketagihan mencandat sotong dari seluruh pelusuk negara - Nilai,Tanjung Karang, Hutan Melintang, Kota Bharu,Ipoh, Kuantan atau sejauh Muar yang dalam keadaan biasa tidak pernah menghirup secawan kopi Brazil di lobi hotel berjenama, sanggup bermalam di hotel RM200.00/malam jika tiada pilihan.Hotel sederhana yang biasanya RM120.00/malam tiba-tiba dinaikkan pada harga RM180.00 - RM200.00 semalam!
Kuala Terengganu kini seperti dalam keadaan 'huru-hara' yang menyeronokkan. Premis-premis makanan dipenuhi pengunjung, juga pada harga yang agak mahal jika dibandingkan dengan di Kuala Lumpur atau di mana sahaja di Semenanjung. Pusat beli belah terutamanya di Pasar Payang sesak-sesesaknya.
Namun demikian, Kuala Terengganu dilihat seperti telah cukup bersedia untuk menerima tetamu. Terengganu atau khususnya Kuala Terengganu memiliki pakej yang secukupnya, yaani Taman Tamadun Islam, senibina masjid yang indah, kain batik, tempat peranginan,mencandat sotong, Kuala Terengganu Water Front,warna warni politik tempatan dan lain lagi. Anda akan dapat menyaksikan bendera raksaksa parti kesayangan anda di tempat-tempat strategik di bandar ini.
Nasihat saya, jika anda ingin bercuti bersama keluarga di Kuala Terengganu di musim cuti sekolah dan mencandat sotong, buatlah persiapan yang sepatutnya - tempah hotel awal-awal. Jika tidak, anda akan menghampakan orang tersayang kerana terpaksa bermalam di tempat penginapan yang kurang sesuai untuk bercuti.
Salam Saudara Ujang..,
BalasPadamsekarang ni..,tuan punya merc,hilux,accord,camry dan yg sewaktu dgnnya lagi berkira dalam berbelanja dibandingkan dengan tuan punya viva,myV,saga dan yg sewaktu dgnnya......di mana-mana saja..
Sdr azmnor,
PadamPendapat saudara mungkin ada kebenarannya. Tetapi, kalau mereka pakai rolex tiruan,orang masih menyangka rolex original, kalau mereka bermalam di hotel murah, dikatakan hotel mewah telah habis ditempah.Mereka sentiasa ada kelebihan dan gah.
Saudara Ujangkutik,
BalasPadamMereka yang memiliki kenderaan mewah juga mengisi petrol dari jenis yang murah.
Tapi kalau melancong ke luar negara tidak pula terasa apabila berbelanja sakan....
Sdr Pak Mail,
PadamOrang kampung saya kata, mereka sentiasa 'menyinggah'(sebarang peluang atau kesempatan mereka selalu mendapat faedah).
Ujang Kutik,
BalasPadam..ahahhaha....malaysia meriah..
Sdr theolrascal,
BalasPadamYa,ya, Malaysia meriah. Saya melihat Terengganu berebut Melaka dalam menarik pelancung.
Terengganu mempunyai lebih banyak sumber untuk menarik pelancung berbanding Melaka, kecuali kekurangan elemen sejarah,menata hias dan kebersihan.
Terkini saya melihat, Terengganu sedang 'meniru' Melaka dalam bidang-bidang tata hias dan kebersihan. Dekorasi dan landskap Kampung China di Kuala Terengganu hampir sama dengan landskap bangunan heritage dan jalan di penempatan awal orang Cina (Baba & Nyonya)di Bandaraya Melaka.Kuala Terengganu telah ada Kuala Terengganu Waterfront dan 'I-City' yang cantik dan menjadi tumpuan pengunjung.
Terengganu juga ada 'Wang'. - Royalti minyak.Namun demikian, menyedari berlakunya beberapa isu 'projek yang kurang memberi manfaat kepada rakyat Terengganu' suatu ketika dahulu, kita mengharapkan rakyat Melayu di negeri Melayu Terengganu akan mendapat faedah yang sepadan dengan apa sahaja projek-projek di negeri ini.
Secara zahirnya saya melihat, limpahan pelancung adalah satu perkembangan positif kpd orang Melayu Terenggau - medan selera penuh sesak, homestay,hotel-hotel kecil dan resort yang diusahakan oleh Melayu penuh,dan peniaga-peniaga batik Terengganu ketawa lebar.