Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Khamis, 14 Jun 2012

etika ke-4 melayan tetamu menjelang pru13?

Ibnu Abbbas berkata, “ Ada tiga kewajiban saya pada tamu saya.
Apabila dia datang: aku sambut dengan baik, aku persilakan dia dan aku dengarkan kata-katanya dengan penuh perhatian.”

Semalam, 13 June 2012, selepas solat Maghrib, saya dan seisi keluarga menziarah saudara perempuan terdekat di sebelah isteri yang sakit di rumah anaknya di Bangi, Selangor. Setelah bersalaman dengan suaminya, pesara tentera penghujung 60-an yang sedang asyik menonton TV di ruang tamu, kami menemui pesakit di dalam salah sebuah bilik di rumah itu.
Pesakit yang baru sahaja menjalani rawatan hemodialisis kali pertama masih dalam keadaan lemah. Tutur katanya tersekat-sekat. Dia sangat berbesar hati dengan kedatangan kami sekeluarga. Isteri saya sempat menyuapkannya makanan yang kami bawa. Saya beredar ke ruang tamu untuk berbual dengan suami pesakit. Isteri dan anak saya terus melayan saudara mereka di dalam bilik.
Walaupun sedikit terganggu dengan ‘volume’ TV yang agak kuat, saya memaksa diri menonton cerita ‘tembak-menembak’ di  peti TV tuan rumah sambil berbual dengan suami pesakit . Mula-mulanya momentum perbualan kami agak lancar.
Bagaimanapun, perasaan saya mula terganggu apabila suami pesakit mula 'merepek-repek' dengan hujah-hujah politik yang meloyakan. Dia bukan sahaja mengagung-agungkan pihak yang disokongnya secara keterlaluan tetapi juga memburuk-burukkan pihak yang tidak disenanginya secara melampau. Jelas,  dia yang cuma dijana oleh info sebelah pihak yang terhad dan dikekang,begitu naif dengan dunia real politik. Ini penilaian peribadi saya.  
Ketika bersalaman hendak balik, saya secara berseloroh berkata, “Abang, kita berdua tidak akan berubah dari pendirian dan keyakinan masing-masing. Lain kali kita tidak perlulah cerita hal politik, kita cerita hal bola Euro 2012 sahaja.” Dia dan anak menantunya sama-sama ketawa besar.    
Walaupun sedemikian, saya dan isteri tidak akan serik melawat pesakit pada masa akan datang.
Alangkah eloknya ketika dalam keadaan menjelang PRU 13 ini, etika menyambut tetamu ditambah atau diubahsuai sedikit kepada: “Ambilkiralah juga anutan politik tetamu semasa berbual di rumah kita. Janganlah kita syok sendiri."        

4 ulasan:

  1. Ujang Kutik,

    ahahaha..dilema ya..
    Kita berziarah, tuan rumah pulak galak cerita politik yang tak sealiran dengan kita.

    Nak berdebat rasa tak hormat, nak berdiam pulak jiwa ni meruntun..ekeke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Apa yg tuan ungkapkan tepat setepatnya.Namun, apabila dapat berseloroh (menyindir) semasa bersalaman balik,lega juga jiwa yg meruntun.

      Padam
  2. itu yang selalu IM elakkan bila balik kampung. tahu bahawa adik beradik lelaki dengan perempuan IM berbeza politik. silaturrahim lebih berhatga untuk dijaga.

    BalasPadam
  3. Sdr IM,

    Walaupun kurang selesa,bersabar.

    Kita juga apabila melayan tetamu perlu mengambilkira 'bendera' tetamu.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."