Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Isnin, 18 Jun 2012

fitrah manusia: sesuci gadis pingitan

Kata George Bernard Shaw, “Apabila manusia membunuh harimau, dia (manusia) menyebutnya olahraga. Sebaliknya, apabila harimau membunuh manusia, dia (manusia) menyebutnya keganasan.” Ungkapan ini menunjukkan betapa kalutnya segolongan manusia yang menghalalkan cara untuk kepentingan diri atau kelompok sendiri.
Fitrah manusia adalah baik, suci dan bersih. Fitrah tidak dapat dianjak. Fitrah membenarkan apa sahaja yang ada unsur-unsur harmoni dan baik – baik sangka,tolong menolong,adil dan sebagainya.
Namun demikian, kenapa realitinya tidak sedemikian? Ada manusia atau pihak yang ada kuasa bersikap zalim, tidak bertimbang rasa , tidak adil….!!!!.
Saban hari kita saksikan, bahkan mengalami akibatnya betapa sebilangan di antara kita tidak lagi berkelakuan seperti yang difitrahkan. Sebilangan kita menjadi jahat, penuduh, pemfitnah, dan pembuli yang berpilih-pilih.
Sebilangan kita tidak lagi berhukum dengan adil : membenarkan satu pihak bermain di padang yang dibangunkan bersama, melarang pihak lain menginjak rumput padang itu; menyusahkan satu pihak, mempermudahkan pihak lain;memperkenankan hajat dan kehendak satu pihak sahaja daripada dua pihak yang sama-sama layak dan berhak.  
Sebilangan kita diam membisu dan tunduk takut kepada kesalahan satu pihak yang jelas sebaliknya begitu tegas ke atas prasangka dan fitnah.
Benar, di dunia ini tidak ada keadilan yang mutlak. Bagaimanapun, tindakan atau perbuatan di luar fitrah mudah terlondeh untuk ‘dihakimkan’ walaupun berselindung di sebalik helah-helah yang sengaja diada-adakan.
Fitrah sesuci seorang gadis pingitan. Manusia atau masyarakatlah yang biadap lalu mencemar dan merosakkan kesucian itu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."