Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Khamis, 27 September 2012

DI MANAKAH KITA?

Dalam kehidupan seharian, banyak ‘peel’ atau tingkah laku seseorang yang tidak/kurang disenangi oleh individu lain terutamanya saudara mara, jiran dan kawan-kawannya. Di antara ‘peel’ atau tingkah laku tersebut ialah:

·       Terlalu berkira/kedekut dengan saudara mara/rakan-rakan. Contohnya, kawan-kawan susah hendak mendapatkan belanjanya. Dia juga tidak akan menunaikan hajat kawan-kawan/saudara mara hendak meminjam wang kerana kesempitan hidup;
·     Suka bercakap besar ;
·     Bangga diri. Contohnya, dengan mudahnya memberitahu jiran/kawan-kawan mengenai kejayaan anak-anak/adik beradik dalam bidang pelajaran/kerjaya, bermenantukan anak orang kaya dan lain-lain lagi;
·     Liat atau enggan membayar hutang dengan kawan-kawan;
·     Suka mengumpat dan menghebahkan aib kawan-kawan/jiran-jiran;
·     Kuat bertengkar dan tidak mahu mengalah;
·    Tidak mahu bekerjasama/kedekut ilmu. Contohnya, susah hendak mendapatkan kerjasama/pertolongannya dalam urusan kerja-kerja di pejabat walaupun dia mahir dalam kerja-kerja tersebut.

.   Jiran tidak selesa dengannya. Contohnya, dia akan menunjukkan ketidakpuashatian apabila tetamu jirannya meletakkan kereta di hadapan rumahnya

.   Terlalu teruja memberitahu orang lain mengenai kawan-kawan atau kenalannya di kalangan orang berkedudukkan. Contohnya, kawan-kawan naik mual mendengar dia bercerita berulang kali mengenai keakrabannya semasa zaman persekolahan dengan rakannya yang kini berjawatan Ketua Pengarah;

.   Berkasar/membuli rakan blogger atau pengikut blog. Contohnya, tuan punya blog akan mengulas balas dengan kasar ke atas ulasan rakan blogger/tetamu blognya yang membuat ulasan tidak selari dengan pandangan yang dilontarkannya. Selain itu ada juga kegemaran beberapa tuan punya blog (admin) menilai semula ulasan-ulasan yang diterima dan memberi 'ranking' - ulasan terbaik, ulasan tidak menepati maksud....Mungkin ada di kalangan tetamu blog beliau tidak suka diperlakukan begitu.      
Sungguh pun demikian, kebiasaannya seseorang itu tidak mengaku atau mungkin juga tidak menyedari bahawa dia mengalami sindrom 'peel' atau atau tingkah laku yang tidak/kurang disenangi oleh orang lain terutamanya jiran atau kawan-kawan di sekelilingnya. Sedemikian, 'peel' atau tingkah laku tersebut akan kekal bersama dirinya sepanjang hidupnya. Orang akan terus memperkatakanya walaupun setelah dia meninggal dunia. 

Di manakah kita?

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Saudara Ujang,

    Bagitulah resamnya kehidupan ini ..... namun bagitu "peel" seseorang itu boleh dibaiki atau bertukar kepada yang lebih baik dengan usaha yang gigih dan kemahuan yg tinggi pd dirinya untuk bertukar kearah itu..... Allahua`lam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikomsalam Sdr azmnor,

      Selamat kembali.Entry tuan KL-LCCT-HAT YAI telah agak lama.Mungkin tuan sibuk.

      Terima kasih kerana masih ingat kenalan lama.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."