Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Jumaat, 28 September 2012

PENCERAMAH BEBAS SEPENUH MASA, PENCERAMAH ADA PENDAPATAN TETAP

SEMASA mengajar, seorang penceramah bebas, pesara kerajaan Gred 48, meluahkan perasaan tidak selesa kepada segelintir penceramah lain yang mengambil kesempatan berniaga atau mempromosi produk jualan masing-masing seperti kitab, keropok , produk orang kampung dan lain-lain barang jualan semasa berkuliah di masjid atau surau.
 
Fenomena ini adalah sesuatu yang biasa dilakukan oleh segelintir penceramah yang ingin mencari rezeki tambahan semasa mengajar di masjid atau surau. Tidak dinafikan bahawa kadang-kadang amalan ini boleh mengganggu kelancaran sesuatu kuliah. Selain itu, boleh juga menimbulkan fitnah. "Ustaz ini hendak mengajar atau hendak berniaga?"
 
Bagaimanapun, perkara ini sepatutnya dinilai dengan adil berdasarkan status seseorang penceramah itu. Samada penceramah itu penceramah bebas sepenuh masa yang tidak mempunyai kerja tetap , penceramah yang mempunyai pekerjaan tetap atau penceramah seorang pesara.
 
Jika penceramah itu mempunyai pekerjaan tetap yang lain (misalnya pensyarah di IPTA) atau pun seorang pesara yang mempunyai pencen bulanan, dirasakan kurang sesuai golongan ini berniaga atau mempromosi barang jualannya semasa menyampaikan kuliah. Sebaliknya, jika penceramah itu seorang penceramah sepenuh masa yang tidak mempunyai pendapatan tetap, sewajarnya jumaah memberi sokongan dengan membeli barang jualan beliau untuk melangsungkan kehidupannya.
 
Sehubungan ini saya teringat seorang penceramah yang juga pensyarah di UKM, Ustaz Muhammad Ismail, yang mengajar di sekitar Ampang pada penghujung tahun 80-an hingga pertengahan 90-an. Beliau menginfakkan sagu hati yang diberi kepada aktiviti keagamaan di masjid/surau/agensi yang mengundangnya. Kalau pun beliau ambil, cuma sekadar-kadar duit minyak keretanya sahaja. Beliau telah meninggal dunia lebih 15 tahun yang lalu di usia awal 50-an. Al-Fatihah. 
 
Justeru itu, tidaklah diketahui samada penceramah yang agak vokal itu, pesara Gred 48, yang berpencen tetap bulanan melebihi RM4,000.00 sebulan mempunyai kekuatan untuk menolak sejumlah sagu hati atau cuma mengambil sekadar-kadar sahaja dan menginfakkan sebahagian lagi seperti yang diinginkannya, yaani penceramah hendaklah ikhlas dan mempunyai nawaitu yang jelas!   
 
 

4 ulasan:

  1. Fulus wal Gurus bang ,,,,,,,, cubo abg perhati kan mereka yg berceramah ni ,, hidup agak mewah tapi ada kemungkinan mereka BAKHIL hahahahahah ,, tapi tak semua lahhh ,,,, FULUS bang FULUS !!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Pak Oncu,

      Mungkin inilah sebabnya surau di Kg.Bintongan dan Chengkau Ulu tidak dapat penceramah ternama.

      Padam
  2. kalau kita berada dalam kasut penceramah itu mungkin kita pun berbuat yang sama...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr IM,

      Ini dugaan masing-masing.Penceramah mungkin ini dugaannya. Kita ada dugaannya.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."