'Penjara' ini mungkin lebih baik dari bergelandangan di luar. Penjara inilah rumah baru 'ahli baru' selepas proses suai kenal dengan abang/kakak seniornya yang sedia menunggu. |
Ditakdirkan, kebanyakkan adik beradik isteri saya menyayangi kucing termasuk kakak ipar yang ini. Sebenarnya, dia yang baru kematian seekor kucing yang dibelanya melebihi 18 tahun tidak berminat lagi membela spesis haiwan kesayangan Rasullullah itu. Bagaimanapun, mungkin disebabkan 'genetik' keluarga di sebelah isteri yang sayangkan kucing, dia masih bersusah payah memberi makan kucing-kucing terbiar di kawasan perumahannya di flat Taman Kosas.
Justeru itu, bermulalah satu lagi episod komitmen dia dan keluarganya menguruskan beberapa ekor kucing yang bertamu dan bergelandangan di hadapan pintu rumahnya di tingkat dua bangunan flat 5 tingkat. Keadaan ini merimaskan suami jirannya yang berhadapan pintu.
Walaupun suami jirannya telah meminta maaf di atas sedikit kekasaran yang telah diucapkan, kakak ipar saya mencari alternatif untuk menyelamatkan kucing-kucing tersebut. Salah satu caranya ialah dengan memujuk isteri saya supaya mengambil anak-anak kucing tersebut. Kononnya, rumah kami ada 'Istana Kucing'. Dia berjaya 25%, yaani seekor daripada empat ekor yang ditawarkan telah berjaya meruntun belas kasihan isteri saya.
Sedemikian, bertambahlah lagi 'keluarga besar' kucing-kucing kami. Semoga kakak ipar tidak akan memujuk isteri saya lagi untuk mengambil tiga ekor anak kucing yang tidak diketahui nasib masing-masing itu. Jujurnya, walaupun di dalam hati ambil kisah di atas nasib tiga ekor anak kucing malang itu, saya memaksa diri buat 'tidak kisah'!
IM pun tak suka kucing walaupun di zaman persekolahan IM di kampung, kami memelihara kucing, arnab, ayam, itik dan ikan emas.
BalasPadamSdr IM,
PadamBenar, melalui pengalaman, nisbah yg tidak suka jauh mengatasi yg suka. Ini bahagian masing-masing.