Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Khamis, 4 Oktober 2012

PEPATAH ORANG BUGIS : SANTUN MENYANTUNI


"Sekiranya anda memberi saya kelapa, saya membalas
kelapa dan gulanya sekali."
(PEPATAH BUGIS)

Satu perlakuan baik yang mudah dilaksanakan tetapi diabaikan khususnya di kalangan sebilangan pemandu kenderaan di bandar besar seperti Kuala Lumpur ialah memberi laluan kepada pemandu kenderaan lain.
Contohnya, dalam pemanduan sehari-hari, seorang pemandu kenderaan dari jalan sisi sangat susah hendak menyusur ke jalan/laluan lain kerana tidak diberikan laluan oleh pemandu kenderaan lain. Begitu juga masalah yang sering dihadapi oleh seorang pemandu kenderaan yang hendak membelok ke jalan/laluan/simpang di sebelah kanan.
Sesungguhnya, kehidupan ini akan menjadi lebih indah apabila sesama kita saling santun menyantuni. Jadilah indvidu yang mulia, suka menolong dan berbuat baik.

4 ulasan:

  1. Saudara Ujang Kutik,

    Sewaktu saya bersekolah dahulu terdapat satu sesi di dalam jadual pengajian iaitu apa yang dinamai 'Pengajian Sivik'.

    Ketika anak2 saya masih bersekolah beberapa tahun dahulu pernah saya melihat jadual waktu mereka dan saya tidak melihat mata pelajaran ini diajarkan atau diadakan.

    Apakah anak2 hari ini sudah terlalu bijak untuk tidak diadakan pengajian seumpama ini...

    BalasPadam
  2. Sdr Pak Mail,

    Benar, saya baru teringat kita dulu ada Klas Sivik.

    Kita diajar hidup bermasyarakat.Peliknya, susahnya dalam keadaan begitu dialami oleh semua orang.Kenapa bila berpeluang tolong tidak lakukannya.

    BalasPadam
  3. ujang kutik,

    Mahu menghargai nilai2 murni dalam dunia yang mengejar masa...susah weii...hehe

    BalasPadam
  4. Sdr theolrascal,

    'Back to basic'. Manusia masih bersusah payah membina landscap tiruan dalam bangunan 'batu bata' yang hebat dan canggih. He..he..

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."