Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Rabu, 3 Oktober 2012

KLINIK KESIHATAN CHERAS BARU: TIADA APA YANG SAYA 'KOMPLEN'..


Semalam, saya ke Klinik Kesihatan Cheras Baru, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kedudukkan geografi klinik kerajaan ini bersempadan dengan Ampang, di Negeri Selangor. Klinik ini kira-kira 2 kilometer dari rumah saya.

Klinik yang sekelilingnya kawasan perumahan Orang Melayu dan Cina pada nisbah 50-50 itu dikunjungi oleh ramai pesakit. Ada 'terlihatkan' keharmonian antara kaum. Dilihat seorang warga emas keturunan Cina berbual dengan seorang ibu muda Melayu mengenai keluarga masing-masing. Di pintu masuk klinik pula seorang lelaki Cina penghujung 40-an, membuka daun pintu untuk memberi laluan kepada seorang pesakit Melayu yang ditolak dengan menaiki kerusi roda. 

Urusan saya di klinik ini selesai dalam tempoh hampir dua jam. Agak lama. Saya ada mencuri dengar perbualan seorang lelaki Cina dengan seorang lelaki India di tempat duduk di belakang saya. Kata lelaki India di usia 40-an," Seeloknya pihak klinik memberi keutamaan kepada pesakit 50 tahun ke atas dalam mendapatkan giliran rawatan . Contohnya , giliran dibuat secara 3 orang pesakit 50 tahun ke atas, seorang pesakit di bawah 50 tahun diberikan rawatan." Bernas juga idea lelaki India yang prihatin itu.

Sungguhpun rawatan yang saya terima agak lambat, hampir 2 jam, tiada apa yang hendak saya rungutkan kerana memahami bilangan pesakit yang ramai (perlukah saya menggunakan perkataan 'banyak' ?). Saya tidak merasa resah dan tertekan sepanjang tempoh masa menunggu. Pesakit disediakan ruangan menunggu/tempat duduk yang selesa, bersih, bilangan kerusi yang mencukupi, ada television, bahan bacaan seadanya, pendingin udara dan kipas. Nombor giliran dipanggil dengan menggunakan sistem panggilan elektronik. Layanan oleh warga klinik ini juga baik.

Saya tidak mengetahui samada keadaan kondusif di klinik kerajaan seperti di Klinik Kesihatan Cheras Baru ini adalah gambaran sebenar di klinik-klinik kerajaan yang lain. Saya sebutkan perkara ini kerana berurusan dengan klinik-klinik kerajaan suatu ketika dahulu adalah suatu 'taboo' kepada pesakit - keadaan klinik yang tidak selesa, panas kerana tiada/kurang kipas angin , kurang tempat duduk, tiada kemudahan menunggu giliran dengan sistem panggilan elektronik dan yang paling menakutkan ialah layanan staf klinik dari atendan, jururawat hingga ke doktor ketika itu yang kebanyakkannya kasar. 

Saya tidak bermaksud 'pendedahan' berikutnya adalah umpama sebab nila setitik rusak susu sebelenga. Saya cuma ingin mengajak pembaca bersikap berlapang dada dan berlaku adil.

Semasa menunggu saya pergi ke tandas klinik untuk membuang air besar. Hajat saya terbantut kerana mangkuk tandas ada takungan najis yang menjijikkan. Saya cuba pam tetapi air najis masih bertakung dalam mangkuk tandas. Saya membatalkan hajat tersebut dan kembali ke tempat duduk. Bagaimanapun, ' saya tidak boleh tahan ' dan terpaksa kembali semula ke tandas untuk melepaskan hajat.  

Saya percaya 'titik hitam' itu bukannya identiti pihak pengurusan klinik kerana secara keseluruhannya tandas adalah bersih. Saya juga percaya, kerosakkan tersebut baru berlaku dan tidak disedari oleh pihak pengurusan klinik. Mungkin, kerosakkan tersebut telah diperbaiki jika kita datang pada hari ini.

Tiada apa yang hendak saya 'komplen' tentang klinik ini.......
  

  
    


6 ulasan:

  1. Saudara Ujang Kutik,

    Saya percaya mutu perkhidmatan klinik kesihatan kerajaan telah banyak meningkat. Masa menunggu juga saya kira telah bertambah baik. Hanya pada hari-hari tertentu sahaja masa yang diambil agak lama. Ini kerana hari tersebut dikhaskan juga kepada pesakit darah tinggi untuk mendapatkan rawatan berkala.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Pak Mail,

      Kita sama-sama sependapat.

      Gimik yg menjadi gurauan tentang dialog perempuan India yang hendak bersalin dengan jururawat suatu ketika dahulu telah menjadi sejarah.

      Syabas KKM.

      Padam
    2. Saya pun bersetuju dengan saudara Ujang dan Sdr Pak mail... memang telah byk perubahannya dengan kadar bayaran yg teramat murah...

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. boleh tanya x, klinik kesihatan cheras baru ni dekat dgn downtown cheras ker?

    BalasPadam
  4. We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)
    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833


    Regards
    Ir. Aznial Rahmat
    Director
    KASIH Group
    012 312 9264
    aznial@gmail.com

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."