Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Isnin, 26 November 2012

JERANTUT : BERSUA BEKAS RAKAN SEKERJA DI TEMIN

Saya seronok apabila diarahkan bertugas di Jerantut, Pahang selama 5 hari yang bermula pada 26/11/12. Kali terakhir saya ke Jerantut, pintu gerbang ke Taman Negera itu lebih kurang 15 tahun yang lalu. Bagaimanapun, tugas saya kali ini cuma di sekitar Bandar Jerantut sahaja. Sedemikian, tidaklah dapat saya mengakrab alam semula jadi di Taman Negara.

Perjalanan dari Ibu Negara ke Jerantut bersama kawan sekerja mengambil masa lebih kurang 3 jam. Sekarang musim durian di Jerantut. Di sepanjang jalan kelihatan pondok-pondok menjual raja buah itu.

Kami singgah solat zohor di Masjid Temin. Temin terletak 20 km sebelum sampai ke Bandar Jerantut.

Se usai solat zuhur kami ditegur oleh seseorang. Beliau ialah bekas kawan sekerja yang telah bersara hampir 14 tahun yang lalu. Di usia mencecah 69 tahun keterampilan beliau tidak banyak berubah - sehat, ceria dan pendekatan politiknya yang menyebabkan beliau ditukarkan ke merata tempat masih seperti dahulu. Saya menghubungi seorang kawan kami yang telah bersara dan baru menambah 'satu cawangan' lagi. Saya memberinya peluang berbual dengan sahabat lama kami yang kini menetap di Kg. Pasir, Segambut. Saya turut rasakan betapa seronoknya mereka berbual bertanya khabar. Beliau belanja kami makan tengah hari di kedai makan berhampiran Masjid Temin.

Lebih kurang pukul 1.40 petang, kami meninggalkan bekas kawan sekerja yang pada pengamatan saya sangat selesa melangsungkan kehidupan alam persaraannya di satu daerah yang persekitarannya nyaman, selesa dan menenangkan. 
 
 

4 ulasan:

  1. ujang kutik,

    Selamat bertugas di Jerantut.

    Bertemu rakan setugas yang telah bersara pasti mengujakan kita kerana keinginan untuk mengetahui 'life' yang mereka lalui kini setelah bersara.
    Lalu kita seakan membandingkan nye dengan yang mungkin kita lalui satu hari nanti.

    BalasPadam
  2. Sdr theolrascal,

    Dia ada 10 orang anak. Kini telah ada 15 orang cucu.

    Dia juga S/Usaha cawangan sebuah pertubuhan politik yang sekian lama mendarah daging dan diyakininya.



    BalasPadam
  3. Saudara Ujang kutik,

    Saya juga seperti merasai kegembiraan yang saudara rasai. Pastinya kegembiraan yang sukar digambarkan kecuali mereka yang menjiwai keakraban persaudaraan.

    BalasPadam
  4. Sdr Pak Mail,

    Saya meangikuti pencarian kawan-kawan lama tuan.

    Kami tidak pernah berjumpa beliau sejak bersara.
    Namun demikian, cara kami berinteraksi sama seperti dahulu.Tidak kekok.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."