Saya berada di Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak pada akhir bulan Februari, 2013. Saya sempat merakamkan beberapa foto sebagai kenang-kenangan bahawa saya telah sampai ke sini. Foto-foto tersebut adalah foto-foto biasa yang diambil oleh seorang biasa yang serba kekurangan dan tidak terlatih dalam bidang fotografi.
Sebagai sebuah bandar yang terletak di pesisiran sungai, pesona bandar ini banyak diwarnai oleh elemen sungai yang merentas di pinggir bandar.
Sebagai sebuah bandar yang terletak di pesisiran sungai, pesona bandar ini banyak diwarnai oleh elemen sungai yang merentas di pinggir bandar.
Sebenarnya, selain dari foto-foto yang sempat dirakamkan, Kuala Kangsar memiliki banyak lagi khazanah yang tidak sempat dirakamkan gambarnya. Antaranya, Bangunan Istana, Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Pokok Getah Tertua Di Malaya, Idustri Labu Sayung dan beberapa tarikan lain.
Namun, jika ada di kalangan pembaca yang mendapat sedikit manfaat setelah menatap catatan ini, saya sangat-sangat berbesar hati.
Kuala Kangsar, Bandar Diraja |
Menara Jam Di Bulatan Bandar Kuala Kangsar . Selain dari menara jam ini banyak lagi bangunan di sekitar bandar Kuala Kangsar yang sarat dengan seni bina peninggalan penjajah Inggeris |
Rumah Tradisional Perak Di Pinggir Bandar Kuala Kangsar |
Jambatan Yang Merentangi Sungai Dilihat Dari Bandar Kuala Kangsar Sebauh Perkampungan Dilihat Dari Bandar Kuala Kangsar |
Peninggalan Sebuah Sejarah Panjang Bandar Kuala Kangsar |
Sebuah kedai makan 'Original Mamak'. Di kedai makan seperti inilah anda akan dapat menikmati makanan dari 'air tangan' mamak yang asli - teh tarik, roti canai, mee goreng mamak, rojak/mee rojak.... |
Tosei...Lihat Potongan Daun Pisang Yang Besar |
'Restoran Bergerak Seperti Ini Menguasai Bandar Kuala Kangsar |
Panorama Di Pesisiran Sayong, Kuala Kangsar |
Jet Pejuang Lama Yang Diabadikan Di Tengah Bandar Kuala Kangsar |
Panorama Menarik Alam Semula Jadi Di Pinggir Bandar Kuala Kangsa |
Walaupun telah 'dikenakan', saya masih menganggap sebagai mitos dakwaan bahawa ada peniaga yang sanggup 'mengenakan' pengunjung luar dengan harga yang lebih mahal dan tidak munasabah. Sehubungan ini, saya dan seorang rakan 'dipaksa' membayar makanan sarapan pagi yang mengandungi satu pinggan nasi dagang dan 'cholok', satu pinggan nasi kerabu, secawan teh tarik dan secawan kopi 'o' dengan harga RM17.00 di sebuah kedai makan di bandar ini!
Ujang Kutik,
BalasPadamSaya tidak pernah berada di Bandar Kuala Kangsar pada waktu pagi.
Biasa nye pada lewat petang lalu kami pekena laksa dan cendol.
Purata kos minum pagi berdua sdr adalah RM8.50 seorang. Jika di tolak teh tarik anggran RM1.50 secawan bermakna nasi kerabu berharga lebih kurang 6 hengget. ' Menggigit ' juga tuu..hahaha.
Mercutanda dan signifikan nye bandar ini selain istananye ada lah MCKK. Kolej yang telah melahirkan ramai elitis melayu kita.
'' kejor yop kejor ''
Sdr theolrascal,
PadamSelamat kembali.
Saya lalui juga MCKK. Bangunan MCKK masih kekal dengan status quo dan gah masa lalu - tiada tambahan bangunan moden dan catnya pudar.
Ada juga kawan-kawan atau kenalan saya yang pernah belajar di sana tetapi tidak 'beberapa menjadi orang' yang sepadan dengan gah MCKK.
Saudara Ujang kutik,
BalasPadamBuat pertama kali saya telah singgah di Masjid Ubudiah pada tanggal 11hb Mac, 2012 sewaktu dalam perjalanan menghadiri undangan perkahwinan anak sahabat. Masjid bersejarah yang saya kira lebih terkenal dari Masjid Negara bagi kalangan orang-orang lama. Saya juga miliki gambar hitam/putih masijd ini.
Sdr Pak Mail,
PadamMasjid bersejarah itu memiliki kelainan kecantikan. Adunan seni bina dan sejarahnya membuatkan lawatan ke Kuala Kangsar tidak sempurna jika tidak melawat dan solat di masjid ini.