Biasanya, khalayaklah yang mencari
ustaz dan bukan sebaliknya.
Sekalipun ada di antaranya (khalayak)
tidak berpakaian menutup aurat dalam kehidupan seharian, mereka akan sedaya
upaya mencari tudung apabila hendak menghadiri sesuatu majlis keagamaan - Ceramah
Perdana, Maulidul Rasul, Solat Tarawikh dan sebagainya. Tidak kiralah samada
tudung yang dipakai itu menampak ‘remus’ (rambut) masing-masing. Sekurang-kurangnya
mereka berusaha untuk memakai tudung apabila berhadapan dengan ustaz.
Namun, mungkin ada di antara
pembaca yang menyedari bahawa kebelakangan ini ada sedikt anjakkkan kaedah berdakwah
yang dapat disaksikan di peti television. Rancangan-rancangan itu menunjukkan
pendakwah ‘menerjah’ ke dalam kelompok/kalangan yang hendak disampaikan dakwah.
Saya berpeluang menyaksikan seorang
pendakwah menjadi tetamu undangan dalam sebuah rancangan lawak jenaka yang
dihoskan oleh pelawak terkenal. Selain itu, saya juga pernah menyaksikan pendakwah
yang sama, seorang hafiz, menjayakan sebuah rancangan bersiri yang dihoskan
oleh beberapa orang artis wanita berumur yang masih jelita. Seorang sahaja daripada
artis tersebut bertudung.
Di atas nawaitu ingin berdakwah
dalam rancangan-rancangan yang didefinasikan sebagai ‘lagha’ dan berhadapan
dengan golongan artis yang mengekalkan perilaku yang sinonim dengan dunia artis,
yaani lawak merapu dan ketawa terbahak-bahak, hos artis wanita tidak menutup
aurat dan berpakaian seksi, pendakwah
itu dilihat berusaha ‘menyesuaikan’ diri.
Isu yang dibincangkan dalam
rancangan yang dihoskan oleh beberapa orang artis wanita itu ialah mengenai kisah cinta
dua orang artis. Pasangan artis itu turut hadir menjayakan rancangan itu.
Pendakwah lelaki itu dikerumuni oleh artis-artis wanita!
Saya tidak bercadang membincangkan
wajar atau sebaliknya seorang pendakwah terlibat dalam rancangan television yang
bersifat ‘Hu-Ha’. Apa yang ingin saya sampaikan ialah, kaedah berdakwah secara ‘
Pendakwah Menerjah’ golongan yang hendak didakwahkan adalah satu pendekatan
baru dalam kaedah berdakwah. Kebiasaannya, pendakwah menunggu golongan yang
hendakkan ilmu agama dalam majlis-majlis formal atau kuliah-kuliah di masjid/surau.
Kaedah
berdakwah sebegini umpama putaran jarum jam secara ‘anti clockwise’. Kalau selama
ini golongan yang rajin memanjat tangga masjid/surau sahaja yang dapat
menambah ilmu agama, kaedah ini diharapkan akan memberi manfaat kepada golongan yang
tidak ‘berapa hendak’ ke masjid/surau - tempat pelacuran, kelab malam, sarang dadah, tempat bermain judi, lokasi memadu kasih (taman bunga, tepi pantai..),tempat orang dilekakan bermain dam, tempat orang diasyikkan memancing, kedai mamak, jammed station, tempat golongan warga emas berkaraoke, kelompok mat rempit, masyarakat Orang Asli, 'port' pemandu teksi dan lain-lain.
Saudara Ujang kutik,
BalasPadamSemuga Allah swt memberi hidayah serta memimpin kita semua ke jalan yang lurus dengan keredhaanNYA.
Amin....
Sdr Pak Mail,
PadamBenar, padri dan tokoh-tokoh bukan Islam pun akan mengucap dua kalimah syahadah apabila mendapat hidayah.
Jangan lupa, Hassan Al Banna juga berdakwah di kedai kopi...
BalasPadamSdr IM,
PadamBenar, saya cuma menulis mengenai dakwah tetapi saudara telah melibatkan diri dengan dakwah. Teruskan.