Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Sabtu, 23 Februari 2013

kelantan: catatan perjalanan februari 2013

Saya bukan anak Kelantan. Bohong jika saya katakan bahawa tiada sisi mengenai Kelantan yang saya tidak ‘perkenan’. Ada. Bagaimanapun, perkara -perkara ‘ketidakperkenanan’ itu umpama setitik air di lautan Cina Selatan. Hakikatnya, banyak perkara yang saya ‘perkenankan’ dengan negeri Cik Siti Wan Kembang ini.


Gerbang Wakaf Che Yeh - Tempat Beli Belah 7 Hari Seminggu/Selepas
Waktu Maghrib hingga Tengah Malam/Pagi
'Membuang Toxin' Di Wakaf Che Yeh
Di Antara Barangan Yang Dijual Di Wakaf Che Yeh
Pemandangan Biasa Di Kelantan - Anak-Anak Muda Kelantan
Penuh Yakin Dan Bangga Mengenakan
T-Shirt The Road Warrior
Di Antara Bangunan Gah Di Kota Bharu
Di Sebalik Selindung Ini Golongan Marhaen dan Berada
Menjamu Selera Bersarapam Pagi Nasi Lauk
Itik Serati Dan Ayam Kampung
(Lokasi Ini Dirakam Di Gading Galoh, Machang)
Lokasi Perniagaan Seadanya Tetapi Mampu Menarik Pengunjung
Dari Berbagai Status Ekonomi. Enak Dan Menyelerakan!
Di Antara Pelanggan Termasuk Pelawat Dari Luar Kelantan
Yang Menikmati Nasi Lauk Itik Serati
Itik Serati Sebenar Yang Secara Kebetulan Berjaya
Dirakamkan Di Lokasi Lain. 
Empangan Bukit Kwong Di Rantau Panjang
Pesona Empangan Bukit Kwong

Kelantan, 'Ladang' Melahirkan Ulamak.Suasana Di Waktu Subuh Di Sebuah
Masjid- Kelihatan Ada Di Antara Anak-Anak PelajarSekolah Tahfiz Di
Usia 7-8 Tahun Terlena Setelah Selesai
Menunaikan Solat Fardhu Subuh
Penduduk Mengusahakan Kebun Dengan Sebaiknya .
Hampir Tiada Tanah Yang Tidak Diusahakan
(Pemandangan Ini Dirakamkan Di Sekitar Kawasan Rantau Panjang) 
Rumah Penduduk (Di Sebuah Kampung
Di Sekitar Rantau Panjang)
Rumah Cantik ( Pemandangan Biasa Di Kampung-
Kampung Sekitar Kawasan Rantau Panjang)
Indah - Adunan Elemen Sawah Dan Pembangunan
Di Sekitar Beberapa Kilometer Sebelum Wakaf Che Yeh.
Adalah Satu Pemandangan Biasa Penduduk
Kelantan Membina Rumah-Rumah Cantik Dan Mewah Di Tepi
Sawah Atau Di Atas Bekas Tapak Tanah Sawah  
Kelainan. Masjid Beijing Di Rantau Panjang-
Penerapan Seni Bina Cina)
Mudok, Rantau Panjang- Lokasi Baru Beli
Belah Secara Gelap Di Sebelah Kawasan Thailand  ( Sungai
Golok Memisahkan Rantau Panjang (Malaysia) Dan Mudok (Thailand)
(Gambar Ini Diambil Dari Tebing Sungai Golok Di Sebelah Malaysia)
Sanggup Meredah Sungai Untuk Ke Mudok, Thailand.
Dikatakan Harga Barangan Murah.

 







2 ulasan:

  1. Assalam, Sdr Ujang Kutik
    Seronoknya melihat foto-foto dari Kelantan tu. Menggamit! Tentu sedap lauk itik serati dengan ayam kampung tu!

    Memang sudah puluhan tahun tak ke Pantai Timur. Insya-Allah, tahun ini nak cuba juga ke sana. Dan kalau boleh nak tidur di mana-mana homestay di kawasan kampung.

    BalasPadam
  2. Sdr Temuk,

    Waalaikomsalam.

    Saya di antara orang luar yang sangat suka makanan itu. Tidak akan melepaskan peluang jika ke Kelantan.

    Pada hari pertama saya menginap di sebuah homestay di Machang. Tidak dirasakan sangat suasana kampung kerana homestay tersebut terletak di pinggir bandar. Hari kedua dan berikutnya menginap di hotel (Kota Bharu). Dari Kota Bharu saya 'merayau' ke daerah-daerah pedalaman.

    Di sebabkan telah begitu lama tidak menjenguk Pantai Timur, khususnya Kelantan, saya percaya banyak perkara baru yang akan tuan lihat dan rumuskan mengenai negeri ini.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."