Di usia menghampiri 67 tahun,
tidaklah beberapa menghairankan Kakak Angkat isteri saya yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang berkait-kait, didatangi
penyakit yang biasa dideritai oleh mereka yang sebaya – kencing manis. Beliau
juga mengidap penyakit buah pinggang dan telah menerima rawatan hemodialisis secara
berkala sejak 6 bulan yang lalu.
Penyakit kencing manis dan darah
tinggi adalah penyakit ‘biasa’ di kalangan penduduk negara ini. Kewujudan
penyakit tersebut walaupun tidak dinginkan tetapi adalah satu ‘fenomena’ yang tidak
diminta yang terpaksa dihadapi.
Satu lagi penyakit yang sebelum
ini tidak diberi harapan langsung untuk hidup sempurna ialah sakit buah pinggang. Namun,
teknologi dalam dunia perubatan hari ini mengizinkan pesakit buah pinggang
menjalani kehidupan lebih baik setelah mendapatkan rawatan hemodialisis.
Dewasa ini terdapat ramai
penderita sakit buah pinggang di kalangan rakan-rakan kita samada golongan
warga emas atau lebih muda yang mendapatkan rawatan hemodialisi dapat menjalani
hidup normal – berkerjaya dan berkeluarga.
Namun, di sebalik kecanggihan
teknologi perubatan, Kakak Angkat isteri saya terpaksa juga menerima
hakikat bahawa hayatnya sampai ke penghujung kerana komplikasi sakit kencing
manis dan buah pinggang yang tidak dapat dibendung lagi. Allayharhamah telah
meninggal dunia pada 16/6/2013 di Masjid
Tanah, Melaka kerana ‘ CARDIAC ARREST WITH UNDERLYING MULTIPLE CHRONIC
DISEASES’ di usia hampir menjejak 67 tahun.
Isteri saya meraung apabila menerima berita kematiannya. Dan ketika catatan ini ditulis semasa kami sudah balik semula ke Ampang, isteri saya masih menangis sekali sekala.
Pertalian saudara antara isteri saya dengan Kakak Angkatnya berkait-kait. Ibu kandung dan suami Allahyarhamah
adalah sepupu kepada isteri saya. Pertalian kekeluargaan antara isteri saya,
suami Allaryarhamah dan Allahyarhamah perlu
mengambil masa untuk memahaminya. Walaupun usianya jauh lebih tua dari isteri saya, dia adalah anak saudara sepupu.
Isteri saya adalah
anak angkat kepada pasangan ibu dan bapa tiri Allahyarhamah. Isteri saya membesar bersama
Allahyarhamah dalam satu keluarga. Dan, Allahyarhamahlah ‘ Kakak ‘ isteri saya.
Allahyarhamah (Hajjah) adalah
seorang yang saya kuat menghayati hidup beragama – hafal beberapa surah
al-Quran yang panjang, kuat solat dan berzikir.
Allahyarhamah meninggalkan suami pesara tentera dan tiga orang anak perempuan yang semuanya telah berumahtangga; Seorang tidak berpindidikan tinggi tetapi berjaya dalam bidang makanan, seorang lulusan UM dan seorang lagi lulusan UIA.
Allahyarhamah sangat baik dengan saya sekeluarga dan juga di kalangan ahli keluarga yang lain.
Allahyarhamah sangat baik dengan saya sekeluarga dan juga di kalangan ahli keluarga yang lain.
Beliau adalah anak tunggal
melalui perkahwinan ayahnya, seorang guru agama yang berasal dari Pulau Batam,
Indonesia dengan ibunya (juga sepupu isteri saya). Ayahnya berpisah dengan
ibunya semasa dia masih kecil.
Ironinya, semua anak-anak arwah ayahnya
(saya tidak tahu jumlahnya) dari seluruh Nusantara walaupun berlainan ibu dan budaya
saling kenal mengenali, saling berziarahi dan mengambil tahu antara satu dengan yang
lain. Dalam erti kata lain, hubungan mereka adalah dalam satu keluarga besar
yang sangat rapat dan harmoni.
Dan itulah yang berlaku pada hari
kematian Allahyarhamah. Semua adek beradeknya yang sebapa tetapi berlainan ibu datang
ke Masjid Tanah Melaka bersama ahli keluarga masing-masing. Ada di antara adek beradeknya tidak dapat melihat jenazahnya kerana telah dikebumikan sebelum mereka sampai di Masjid Tanah.
Kali terakhir saya dan keluarga ziarah
beliau ialah pada Hari Raya Idilfitri 1434H yang lepas. Saya tidak pernah terfikir bahawa itu adalah
pertemuan kali terakhir kami dengan Allahyarhamah. Ini kerana beliau tidak sakit
terlantar. Lagi pun teknologi rawatan hemodialisis hari ini yang canggih membuatkannya
kelihatan dalam keadaan baik dan sehat-sehat sahaja.
Ketika hendak balik ke Ampang,
Selangor Allahyarhamah bekalkan kami gulai daging itik. Allahyarhamah juga menyediakan
satu bekas tupperware kueh bahulu. Masih terngiang-ngiang di
kedengaran saya dia berkata dengan nada lembut dan perlahan, “ Yen (dia memanggil saya dengan nama Yen) suka kueh
bahulu.” Inilah yang saya 'kesalkan' kerana tidak memahami isyarat yang beliau hendak sampaikan.
Benarlah, sesuatu itu sangat dirasakan setelah tiada lagi bersama kita.
Semoga rohnya ditempatkan di
kalangan hamba-hamba Allah yang mendapat keredhaanNya. Al-Fatihah.
Al-Fatihah..
BalasPadam