Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Ahad, 23 Februari 2014

JANJI SI PEJANJI ' THE RETRO'

Gambar hiasan' MASJID AN-NUR, REMBAU,N.SEMBILAN

(Ketika menjenguk catatan-catatan yang telah dipaparkan, saya menjumpai catatan yang telah dihasilkan pada tahun 2012 ini. Saya suka catatan ini. Saya paparkan semula dengan sedikit suntingan - ujang kutik)

Barangkali,
kita tidak lagi mengingat,
janji demi janji,
yang dipancang,
sepanjang laluan,
yang kita susur.


Esok,
kita telah berakad-janji lagi;
wahai rerumput di laluan,
bersedialah untuk diinjak lunyai,
itu denai Si Pejanji,
antara rumah-masjid, masjid-rumah.


Esok,
kita juga telah berakad-janji lagi;
wahai Tuan Nazir,
perelokkan tangga masjid kita,
Si Pejanji akan meninggal jejak,
paling minima 10 kali sehari.


Esok,
samada kita ada atau tiada lagi,
kekunci neraca akan dijana juga,
lembar demi lembar janji-janji diakru,
milik kita, Si Pejanji.

 

Jumaat, 14 Februari 2014

KOMIK


KOMIK
Sungguh, ketika masih di sekolah rendah minda saya dan juga generasi kanak-kanak ketika itu 'dirasuk'oleh pengaruh komik cerita-cerita pendekar Melayu dan juga cerita fantasi mengenai penduduk di dunia kayangan.

Penulis komik pendekar Melayu paling ' top ' ketika itu ialah Halim Teh. Di antara tajuk atau watak adiwira yang saya masih ingat secara kasar ialah Panglima Hitam dan Panglima Awang. Watak jahat pula termasuk Awi Dichu (Pendekar Siam) dan Bachok. 

Potret pendekar Melayu dilakar dengan pakaian pendekar Melayu purba yang biasa kita tonton dalam filem pendekar Melayu - tanjak, keris tersisip di pinggang dan memakai capal atau sesetengahnya berkaki ayam. Biasanya kutang baju tidak dikenakan dan ini menampakkan bentuk tubuh seorang pendekar yang tegap dan sasa.

Pendekar Melayu digambarkan sarat dengan kuasa sakti dan menguasai ilmu persilatan.

Saya tidak ingat lagi tajuk atau watak cerita raja/putera/puteri raja dari kayangan secara khusus. Namun, modus operandi jalan ceritanya ialah: Berkisar kepada raja/putera/puteri raja dari kayangan dengan kesaktian masing-masing turun ke bumi,mennyamar sebagai manusia bumi, bercinta dengan gadis kampung/pedalaman dan diangkat menjadi ' hero ' dalam sesuatu cerita.

Tidak syak lagi cerita-cerita tersebut dihayati sepenuhnya oleh pembaca dari golongan kanak-kanak ketika itu. Dan, saya adalah di antara pembaca tegar komik-komik genre tersebut.

' Malangnya', minat membaca komik secara melampau diwarisi oleh anak sulung saya. Dia telah 'ketagihan' membaca komik sejak sekolah rendah, sekolah menengah. universiti dan sehingga telah berkerja (sekarang). Koleksi komiknya yang 'mengherokan' bangsa lain dan tidak berpijak di bumi nyata itu begitu banyak - berkotak-kotak.

Walaupun saya adalah mantan pembaca tegar komik pada zaman saya, Si Ayah, tidak pernah mengerling walaupun selembar ayat komik generasi anaknya. Mana mungkin lakaran dan jalan cerita komik yang sangat jauh dengan budaya dan jati diri Melayu itu mampu meresap ke dalam urat saraf Si Ayah yang sangat asyik dengan jiwa 'Melayunya'." 

Benar, komik genre sedemikian ' Not my taste! '  Bagaimanapun, semua orang ada hak untuk menyantuni naluri diri sendiri.

Sabtu, 8 Februari 2014

CERITA POLITIK KEDAI KOPI



Usai akad nikah anak lelaki di rumah pihak perempuan, ‘VVIP’ lelaki di sebelah pihak lelaki makan bersama VVIP lelaki di pihak perempuan di sebuah meja khas.  Hadirin yang lain mengambil tempat di bawah kanopi yang didirikan. Majlis keramaian selanjutnya dilangsungkan pada keesokkan harinya.

‘ VVIP’ lelaki di sebelah pihak lelaki ialah saya, seorang adek ipar dan dua orang biras.

VVIP di sebelah pihak perempuan pula ialah Abang pengantin perempuan, Bapa Saudara Pengantin Perempuan (bekas professor madya), seorang lagi Bapa Saudara Pengantin Perempuan (bekas duta), seorang kenalan dari Indonesia dan seorang pesara kerajaan yang mendakwa bekas kawan sekampus dengan ‘seorang ahli politik’ yang ‘nafasnya’ menentukan sejuk atau panas suhu politik negara.

Walaupun kedua-dua kumpulan ‘VVIP’ itu ada jurang yang agak ketara dari segi ‘ keberadaan’, laluan komunikasi dua hala berjalan dengan baik dan lancar. Tiada masalah.

Namun, ‘masalah’ mula mengundang apabila dua orang ‘VVIP’ di pihak saya (lelaki), dua orang VVIP di pihak pengantin perempuan dan seorang rakan sekampus ahli politik yang saya nyatakan sebelum ini mula perasan mereka ada ‘ chemistry’ dalam membicarakan hal politik negara.

Mereka ‘sekapal’. Maka, keluarlah segala macam rumusan dan ungkapan yang saling menyokong antara mereka.

Terkeluarlah tuduhan-tuduhan yang tidak sepatutnya pada pengamatan sesetengah orang yang tidak sealiran dengan saksiah mereka.

Walaupun banyak perkara yang saya tidak ‘ perkenan’, saya yang cuma sekali sekala mencelah memaksa diri dalam mode tersengeh yang tidak manis kerana menghormati majlis dan pendirian majoriti ‘ahli majlis VVIP’ yang dipertemukan secara ‘adhoc’ itu.

Isnin, 3 Februari 2014

WIRID 700


Dengan izin Allah saya berpeluang berada di dalam khalayak anak murid Allahyarham Tuan Guru Hj. Daud Bukit Abal, Kelantan yang mengamalkan Tarekat Ahmadiyah. Tarekat Ahmadiyah mempunyai ramai pengamal di Negeri Sembilan, Kelantan, Singapura, Brunai, sedikit bilangan di Terengganu dan Selangor.

Melalui pergaulan itu saya mengetahui serba sedikit mengenai tarekat tersebut yang sebelumnya saya memahami cuma diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan sahaja. (Tarekat Ahmadiah 'aliran' Al-Ahmadiyah  Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah yang berIbu Pejabat di Madrasah As-Saidiyah, Kampung Pondok Rasah, Seremban yang kini di bawah pimpinan mantan Mufti Negeri Sembilan telah diluluskan pendaftaran di bawah Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005). Pengikut Tarekat Ahmadiyah di Singapura yang pernah dibimbing oleh anak-anak pembawa Tarekat Ahmadiyah, Tuan Syeikh Muhammad Said Al-Linggi ( Haji Muhammad Said bin Haji Muhammmad Jamaluddin bin Haji Idris) adalah dari 'aliran' ini.

Tiga wirid yang besar dalam Tarekat Ahmadiyah ialah Tahlil Khusus, Selawat Azamiah dan Istighfar Kabir. Saya dimaklumkan bahawa walaupun kesemua pengamal (ikhwan) Tarekat Ahmadiyah samada di Negeri Sembilan, Kelantan, Singapura dan lain-lain mengamalkan tiga wirid tersebut, ada sedikit perbezaan dalam kaedah mengamalkannya.

Sebagai contoh, aliran Tarekat Ahmadiyah yang dibawa oleh Allahyarham Tuan Guru Hj. Daud Bukit Abal mengamalkan wirid yang dinamakan ' Wirid 700 Pagi dan Petang' (jumlah wirid 700 kali pada waktu pagi dan 700 kali pada waktu petang). Bagaimanapun, saya tidak pasti samada Enakmen Tarekat Tasawuf yang memerlukan pendaftaran tarekat seperti yang dipraktikkan di Negeri Sembilan juga digunapakai di negeri-negeri lain.  

Dengan bantuan rakan-rakan dan pencarian di internet saya ' copy & paste' wirid-wirid yang terkandung di dalam ' Wirid 700' itu. Semoga catatan ini dapat membantu pencinta ilmu menambah sedikit sebanyak info mengenai tarekat ini.

Bagaimanapun, seperti yang dinyatakan bahawa catatan ini adalah satu catatan biasa dan berbentuk pengetahuan am sahaja. Jika ada di kalangan pembaca yang inginkan maklumat lanjut, saya cadangkan layarilah blog Tarekat Ahmadiyah Singapura atau blog Ibu Pejabat Tarekat Ahmadiyah Pondok Rasah atau berhubung terus dengan Tuan Mudir Pondok Diniah Ahmadiyah Bt.10, Cheras, Selangor. Beliau adalah anak murid kepada Allahyarham Tuan Guru Hj. Daud Bukit Abal yang terkenal itu. 

Wallahualam.


WIRID 700 PADA PAGI DAN PETANG IKHWAN TARIKAT AHMADIYAH 
(BUKIT ABAL,KELANTAN)

بسم الله الرحمن الرحيم
إين ورد يغ دباج اكندي
فاكي دان فتغ يغد هيمفون اكندي اوليه
الراجي إلى ربه الحاج داود إبن
حاج عر اللبدي الكلنتاني

 
1. أعوذ بالله مِنَ الشيطانِ الرجيم ، بسم الله الرحمن الرحيم
اللهُمَّ صَلِّ وَسَلّم وَبَارِكْ عَلىَ مَوْلانَا مُحَمَّد وَ عَلىَ آلِهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله، اللهم إني أقدِّمُ إِليك بَيْنَ يَدَي كُلِّ نَفْسٍ وَلَمْحَةٍ وَطَرْفَةٍ يَطْرِفُ بِهَا أَهْلُ السَمَاوَاتِ وَأهلُ الأرضِ وَكلِّ شَيءٍ هو فِي عِلْمِكَ كَائِنٌ أوْ قَدْ كَان، أُقَدِمُ إِلَيْكَ بَيْنَ يدي ذلك كله.

2. أستغفر الله العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليه ( 3 كالي)

3. سبحان الله ( 100 كالي )

4. الحمدالله ( 100 كالي )

5. لا إله الا الله ( 100 كالي )

6. الله أكبر ( 100 كالي )

7. سبحان الله العظيم وبحمده ( 100 كالي )

8. اللهم صل وسلم وبارك على مولانا محمد وعلى آله فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله ( 100 كالي )

9. TAHLIL KHUSUS:
لا إله إلا الله محمد رسول الله في كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسً عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله.
( 100 كالي )

10.SELAWAT AZAMIAH:
 اللهُم إِنّيْ أسْئَلُكَ بِنُوْرِ وَجْهِ الله العظيم، الذِي مَلأ أَرْكَانُ عرش الله العظيم، 
وقامت به عوالم الله العظيم. أَنْ تُصَلِّى عَلىَ مَولانا محمد ذِي القَدْرِ العَظِيم، وَعَلىَ آلِ نَبِيِ اللهِ العَظِيم. بِقَدْرِ عَظَمَةِ ذَاتِ الله العظيم، في كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا فِي عِلْمِ الله العظيم. صَلاةً دَائِمَةً بِدَوَامِ الله العَظيم، تَعْظِيمًا لِحَقِّكَ يا مولانا محمد يا ذَالخَلْقِ العظيم. وَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَعَلى آله مِثْلُ ذلك. وَاجْمَع بين وبينه كَمَا جَمَعْتَ بَيْنَ الروح و النفس ظاهرا وَبَاطِنًا يَقَظَةً وَمَنَامًا وَجْعَلْهُ يَا رَبِّ رُوْحًا لِذَاتِي مِنْ جَمِيْعِ الوُجُوهِ فِي الدنيا قَبْلَ الآخرة يا عظيم.
( 3 كالي )

11.ISTIGHFAR KABIR:
 أستغفرُالله العظيم الذِي لا إله إلا هُوَ الحي القيوم ، غَفَّارُ الذِّنُوبِ ذَالجَلالِ 
والإكرام. وَأَتُوْبُ إِلَيه مِنْ جَمِيْعِ المَعَاصِى كُلِّهَا وَالذُّنُوبِ وَالآثَام. وَمِنْ كُلِّ ذَنْبِ أَذْنَبَتْهُ عَمَدًا وَخَطَأً ظَاهِرًا وباطنا قولا وفعلا. في جَمِيْعِ حَرَكَاتِي وَسَكَنَاتِي وَخَطَرَاتِي وَأَنْفَاسِي كُلِّهَا دَائِمًا أَبَدًا سَرْمَدًا، مِنَ الذَنْبِ الذِي أَعْلَمُ وَمِنْ الذَنْبِ الذي لا أَعْلَمُ عَدَدَمَا أَحَاطَ بِهِ العِلْمُ وَأَحْصَاهُ الكِتَابُ وَخَطَّهُ القَلَمُ وعَدَدَمَا أَوْجَدَتْهُ القدرة وَخَصَّصَهُ الإِرَادَةِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِ الله. كَمَا يَنْبَغِي لِجَلالِ وَجْهِ ربنا وكماله، وكما يحب ربنا ويرضى .
( 3 كالي )

12. سُبْحَانَكَ اللهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْك، عَمِلْتُ سوأً ، وَظَلَمْتُ نَفْسِي وَاعْتَرَفْتُ بِذَنْبِي فَاغْفِرْلِي فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلا أَنْتَ
( تيك كالي )

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبُّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ وَسَلامٌ عَلىَ المُرْسَلِينَ و الحَمْدُ اللهِ رَبِّ العالمين.
(سكالي)

000---000

Sabtu, 1 Februari 2014

BLOGGER SANTAI : TIDAK PEDULI DUNIA LUAR?

Adakah satu 'dosa' kepada ' Bogger Santai ' iaitu pengamal blog yang dunia mereka diasyikkan dalam radius hal-hal santai, peribadi, keluarga dan hal-hal remeh temeh. Mereka dilihat tidak ambil peduli langsung apa yang berlaku di sekeliling.

Golongan ini dilihat seolah-olah tidak ambil peduli atau lebih malang lagi tidak menyedari perkara-perkara besar yang sedang berlaku di luar. Ledakkan gunung berapi sekalipun tidak mampu menganjakkan jari jemari mereka dari keyboard komputer masing-masing. Mereka bukannya menulis mengenai betapa dasyatnya ledakan iatu tetapi menulis mengenai keindahan panorama alam semula jadi.

Mereka seolah-olah tidak masuk campur dalam isu Politik, Kalimah Allah, GST, Pengurangan Subsidi Barangan dan Kenaikan Tarif Kos Perkhidmatan, Banjir Besar, Jenayah dan sebagainya.

Pasti ada jawapan yang munasabah mengapa golongan ini menjauhkan diri dari menulis hal politik dan isu-isu serius.  Apakah jawapan atau jawapan-jawapannya?