Ustaz yang mengajar di kuliah zuhur surau pejabat hari ini meminta hadirin ' memulun ' segala peluang ibadat yang ada ke atas baki 4 hari terakhir dalam bulan Ramadhan tahun ini.
" Susahkanlah diri dengan amalan ibadat pada siang hari dan mendirikan malam, " pinta beliau.
Kata beliau lagi," Kita tidak ada masa lagi kerana telah banyak kali bertangguh untuk 'all out'."   
" Rugi! Rugi!, " beliau mengingatkan. 
Api semangat untuk melipatgandakan ibadah para hadirin dinyalakan semula. 
Insya Allah.
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."