Kita mungkin penganut tegar blog, FB atau yang seumpamanya. Kegilaan itu tiada salahnya asalkan mematuhi etika yang ditetapkan.
Merakamkan foto suasana pengkebumian untuk dimuatkan dalam media sosial peribadi tidak salah dari kaca mata adat Bagaimanapun, terlalu asyik mengambil gambar semasa pengkebumian jenazah saudara seagama mengalahkan jurugambar/wartawan professional mengabaikan sensitiviti waris si mati. Gelagat itu jelek atau tidak baik.
Gelagat ( jelek ) inilah yang dilakukan oleh segelintir insan prihatin yang dapat meluangkan masa untuk menghadiri pengkebumian jenazah mangsa MH 17. Gelagat mereka disiarkan secara ' live ' melalui skrin TV.
Sama-samalah kita membaca surah Al-Fatihah untuk disedekahkan pahalanya kepada semua mangsa seagama. Al-Fatihah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."