Antara Busker, Mualaf dan Peminta Derma
yang berkampung di R & R lebuhraya
pancing siapakah yang akan mengena
pabila kita juga ingin jadi orang mulia.
Si Busker, graduan separa penganggur
melempar ijazah dan menjual malu
menghina diri mendukung gitar dan kantung
kerana susahnya mendapat kerja.
.
Si Mualaf yang bagaikan bayi
serampangkan akhirat dan strategi lebih mudah mengaut rezeki.
Si Pengutip Derma bagaikan ustaz
serampangkan amal dan dambaan komisen memungut derma..
Di kantung siapakah uang kita akan dilontar secara tergesa ketika azan maghrib dikumandang?
Mualaf yang sabar menunggu orang selesai sembahyang?
Si Pemungut Derma yang asyik menyapa orang lalu lalang sehingga tidak sembahyang?
Si Busker yang menghentikan ' Show' lalu berlari ke perut musalla?
R&R Seremban
19 Oktober 2014
Saudara Ujang kutik,
BalasPadamAndai saya punyai satu ringgit. Saya berikan kepada si Mualaf. Mualaf yang benar-benar mualaf lebih diutamakan.
Andai saya punya 3 ringgit. Saya berikan setiap orang seringgit.
Sejujurnya, saya kagum dengan kebolehan saudara bersajak atau berpuisi. Benar juga kata Allahyarham P. Ramlee 'Tiada kata secantik bahasa'.
Sdr Pak Mail,
BalasPadamTerima kasih.
Nampaknya saudara sangat adil dan tidak terpengaruh dengan provokasi halus saya.