Jumaah solat Jumaat Masjid Kg. Melayu Ampang, Selangor bertuah dan mungkin ada juga yang terkejut kerana mendapat ' durian runtuh' apabila pendakwah terkenal dan juga yang memimpin Darul Murtadza, Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid, 40 tahun, menyampaikan tazkirah sebelum solat Jumaat, menjadi khatib dan mengimami solat Jumaat hari ini.
Secara peribadi saya mengagumi ulamak yang berasal dari Bondowoso, Jawa Timur dan kini menetap di Lembah Kelang ini. Saya yang tidak minat langsung dengan sebarang jenis lawak tertarik dengan pendekatan beliau berceramah. Beliau telah cukup kuat dan tidak memerlukan kaedah berlawak untuk menarik perhatian pendengar seperti yang menjadi ' trend ' di kalangan peceramah agama sekarang. Maaf cakap, ada kalanya ceramah agama seperti persembahan lawak jenaka. Hodoh.
Saya juga cair dengan lantunan zahir akhlak serta adab beliau yang disenangi dan mulia.
Ceramah-ceramah hebat Habib Ali Zaenal Abidin juga boleh ditonton di you tube. Melalui carian di internet saya mendapati kuliah pengajian berkala beliau boleh diikuti di Masjid Muadz Ibn Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Saya paparkan foto-foto yang sempat dirakamkan setelah usai solat Jumaat (21/11/14) di Masjid Kg. Melayu Ampang, Ampang, Selangor.

Habib Zaenal Abidin Ali (di layar ) menunaikan solat sunat setelah usai mengimamkan solat Jumaat |
Rombongan Habib Ali Zaenal Abidin meninggalkan kawasan masjid |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."