Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Selasa, 30 Disember 2014

PEKAN PARIT : PART 2 ( MUSIM BANJIR )


Pada petang Sabtu (27/12/14) hingga hari Ahad, 28/12/14 saya dan keluaraa berada di Seri Iskandar, Perak Tengah, Perak.
 
Seawal jam 10.00 pagi hari Ahad (28/12/14) saya ke kedai gunting rambut yang pernah saya kisahkan pada catatan lalu. Saya membayar RM7.00. Di Lembah Klang/Ampang kos untuk gunting rambut hatta di kedai gunting bawah pokok sekalipun adalah di sekitar RM10.00.

Kedai Gunting Rambut Di Bandar Sri Iskandar, Perak


Sekitar jam 11.00 oagi saya sendirian berada di Pekan Parit, Perak. Saya pernah ke sini lebih kurang satu tahun yang lalu (1/9/13).

Ketika itu saya sempat merakamkan gambar-gambar sebuah jambatan panjang yang merentang sungai untuk menghubungkan Pekan Parit dengan kampung di seberang sungai. Saya tidak ingat nama kampung yang konsonan bunyinya ada nuansa elemen mistik.    

Ketika itu saya tidak terfikir bahawa foto jambatan itu akan saya gunakan untuk membandingkan paras air sungai ketika keadaan biasa dengan keadaan ketika musim hujan/banjir besar melanda beberapa tempat khususnya negeri-negeri di Pantai Timur.
 
Paras air pada 28/12/14 yang saya rakamkan seperti di bawah adalah selepas hujan berhenti/tidak lebat sejak 1-2 hari yang lalu.

Saya menjangka paras air sungai akan mencecah lantai jambatan atau mungkin juga menenggelamkan jambatan tersebut andainya hujan turun dengan lebatnya dalam tempoh masa yang lama.  Sila lihat foto-foto seperti di bawah:  

PARAS AIR JAMBATAN PEKAN PARIT 28/12/14

PARAS AIR JAMBATAN PEKAN PARIT 01/09/13


 PEMANDANGAN DARI TEBING SUNGAI PADA 28/12/14


 PEMANDANGAN DARI TEBING SUNGAI PADA 28/12/14


Keadaan di Pekan Parit pada pagi 28/12/14 masih di dalam keadaan terkawal kecuali beberapa buah rumah yang terletak di kawasan rendah telah dinaiki sedikit air. Saya perhatikan penghuni rumah-rumah terbabit telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menempatkan barang-barang tertentu di tempat selamat. 
 
Saya meninggalkan pekan lama ' antik ' ini yang sarat dengan bangunan rumah kedai usang dan kusam  (tetapi saya sangat menyenangi persekitaran sedemikian) pada jam 12.15 tengah hari.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."