RESTORAN HJ. OMAR BAHAGIA, DATUK KERAMAT |
Sabtu, 22/11/14, jam 3.00 petang, saya dan keluarga singgah makan di Restoran Nasi Ayam Hj. Omar Bahagia yang terletak dalam kawasan Pasar Kg. Datuk Keramat. Restoran ini adalah ' restoran otai ' di kalangan restoran nasi ayam di sekitar Keramat, Ulu Klang dan Ampang.
Saya mula menjadi pelanggan restoran ini seawal hujung tahun 70-an ketika berhijrah dari kampung ke Lembah Klang. Ketika itu saya dan rakan-rakan duduk di rumah sewa di Taman Keramat.
Ada kemungkinan restoran ini telah beroperasi lebih lama dari pertengahan tahun 70-an.
Kali terakhir (sebelum 22/11/14) saya mengunjungi restoran ini adalah lebih kurang dua tahun yang lalu.
Kecuali pertukaran pekerja dan individu yang menguruskan kaunter bayaran, tidak ada perubahan drastik berlaku ke atas restoran yang telah lebih 3 dekad beroperasi ini. Menu utamanya masih nasi ayam. Selain itu restoran ini juga menyediakan nasi padang/Minang.
Rasa nasi ayam masih sama walaupun pada penilaian selera saya ada sedikit penurunan cita rasa. Bangunannya juga adalah masih rumah kedai diperbuat dari kayu yang asal.
Saya tidak kenal dengan semua pekerja restoran keluarga yang dimiliki oleh keturunan dari seberang itu. Kaunter bayaran yang dahulunya diuruskan oleh Hj. Omar dan isterinya ketika itu diuruskan oleh seorang anak muda berbadan besar di usia awal 20-an yang mudah mesra. Saya yang pada mulanya mengagak anak muda itu cucu kepada Hj. Omar diberitahu bahawa dia ialah anak kandung tuan punya restoran.
Saya dimaklumkan oleh anaknya itu bahawa Hj. Omar yang berbadan tegap dan berkulit putih kemerah-merahan pada masa mudanya dahulu dan isterinya masih menguruskan restoran itu. Kebetulan pada hari itu mereka suami isteri ada urusan lain yang lebih penting.
Apabila saya bertanya mengenai usia Hj. Omar kepada anaknya itu, dia tidak dapat memberitahu jawapan yang jelas. Dia mengagak-ngagak di antara 65 - 67 tahun.
Restoran Nasi Ayam Omar Bahagia adalah perintis restoran nasi ayam dan restoran nasi ayam paling sedap di sekitar Keramat, Ulu Klang dan Ampang pada era tahun pertengahan 70-an dan 80-an. Ketika itu belum banyak lagi restoran nasi ayam.
Selain dari memesan nasi ayam, saya turut memesan sayur ' chap choy ' dengan ragu-ragu. Ragu-ragu kerana tidak pasti samada hidangan sayur ' chap choy ' yang menjadi kelebihan restoran ini masih disediakan lagi atau sebaliknya. Jawapannya, sayur chap choy masih disediakan.
Pada era kegemilangannya, restoran itu mendapat sambutan yang hebat dari siang hingga malam hari. Ketika saya mengunjungi restoran itu, cuma ada empat orang pelanggan sahaja yang sedang menjamu selera.
Saya tidak dapat membandingkan sambutan pelanggan pada masa ini dengan zaman gemilangnya lebih tiga dekad yang lalu kerana waktu saya dan keluarga singgah makan di restoran itu di luar waktu puncak.
Kalau tidak silap harga satu set nasi ayam pada tahun 70-an ialah RM2.50. Hari ini harganya dinaikkan kepada RM4.60. Saya berpendapat harganya sangat berpatutan.
Sesuatu yang tertanya-tanya di minda saya ialah mengenai pekerja golongan berusia 30-an restoran ini masih menggunakan dialek Minang ketika berkomunikasi sesama mereka. Adakah seletelah lebih 30 tahun berniaga, Hj. Omar Bahagia masih mengimpot pekerja dari Tanah Minangkabau?
Saya dan keluarga meninggalkan restoran yang banyak melakar nostalgia peribadi ini pada jam lebih kurang 3.45 petang.

Saudara Ujang kutik,
BalasPadamSepanjang ingatan saya harga lewat 70an sekitar RM2.00. Ini kerana saya juga agak sering membeli ketika bertugas di MINDEF awal tahun 80an. Ketika itu saya masih lagi belum berumah tangga dan menetap di Kg Bumiputra.
Sdr Pak Mail,
PadamHebatnya restoran itu kerana masih wujud hingga ke hari ini.
Kat tempat saya ada kedai nasi ayam pokok durian. rasanya memang sedap dan ramai pelanggan.
BalasPadamdulu, kat sini orang berniaga mee tapi tak berapa laku.
maknanya, lokasi bukan sebab perniagaan maju tapi keseddapan makanan dan servis yang diberikan.
Sdr IM,
BalasPadamSaya dan keluarga mempunyai pengalaman mencari Restoran Line Clear di P.Pinang. Kami pusing sebuah pulau tidak juga jumpa.Akhirnya singgah di restoran nasi kandar yang tidak berapa kandar.