Saya tidak ingat tahun-tahun sebenar keluarga kecil saya terlibat memelihara kucing secara aktif dan akhirnya menjangkau ke peringkat agak ekstrim.
Ianya bermula secara tidak disengajakan apabila dua ekor anak kucing yang ditumpangkan sementara di rumah kami oleh seorang jiran untuk diambil/dipelihara oleh salah seorang di kalangan ahli keluarga kami di kampong.
Kucing-kucing itu tidak jadi bertuankan saudara di kampong kerana sebab-sebab tertentu. Maka, terpaksalah kami memelihara dua ekor anak kucing malang yang tidak sudi diterima oleh saudara di kampong itu.
Ketika itu pendekatan kami memelihara kucing masih ' normal '. Kami cuma memberi makan nasi biasa yang dicampur dengan secubit ikan kering atau sisa-sisa makanan/ikan yang tidak habis dimakan.
Kucing-kucing itu dibiarkan lepas bebas. Kami menghukum kucing-kucing itu dengan hukuman yang agak keras jika ' buat kerja tidak senonoh ' di dalam rumah.
Ketika itu kami masih belum didedahkan lagi dengan dunia golongan penyayang kucing tegar.
' Kegilaan ' bermula dicetus apabila saya membawa balik tiga ekor anak kucing yang kematian ibu secara sembunyi-sembunyi ke rumah ( tanpa pengetahuan dan ' kebenaran ' ahli keluarga yang lain) . Saya melihat sendiri bangkai ibu anak kucing jalanan itu berlumuran darah kerana (mungkin) dilanggar oleh kenderaan lalu-lalang di dalam kawasan pejabat ketika hujan renyai. Masakan naluri manusia saya membiarkan ratapan ngiauan anak-anak kucing kematian ibu itu begitu sahaja! Sanggupkah anda?
Isteri saya pada awalnya tidak menyenangi tindakan membawa anak-anak kucing malang itu balik ke rumah. Tak ado kojo buek kojo! Bagaimanapun, isteri dan anak-anak terpaksa menerima hadirnya anak-anak kucing itu kerana hamba Allah itu telah ada di dalam rumah kami. Mereka tidak ada pilihan selain membuang anak kucing itu. Tentunya mereka tidak tergamak melakukan tindakan kejam itu.
Saya dan keluarga mula memasuki satu fasa baharu dalam pemeliharaan kucing. Saya membeli susu kucing untuk menyusukan bayi kucing-kucing yang kematian ibu itu. Anak-anak kucing itu berjaya dibesarkan. Ironisnya, semua ahli keluarga termasuk isteri yang tidak suka pada peringkat awal menyayangi kucing-kucing itu. Anak-anak kucing yang comel dan menceriakan kami sekeluarga itu dilayan bak menatang minyak yang penuh.
Selepas itu bermulalah siri ' dunia tidak siuman ' saya. Saya tidak berfikir panjang lagi untuk mengutip kucing-kucing jalanan yang hidup terbiar dan melarat apabila terserempak di mana-mana.
Ada juga beberapa ekor kucing yang di dalam keadaan tidak sempurna dan uzur mendatangi dan ' mengetuk ' pintu rumah kami - kucing berkurap, berkudis, berulat dan sebagainya. Kami tidak pernah menghampakan tetamu yang datang dengan cuma membeli tiket satu hala sahaja itu.
Situasi ini mendedahkan saya dan keluarga kepada dunia memelihara kucing secara agak melampau yang didakwa oleh sesetengah orang sebagai kerja memenatkan dan juga kerja sia-sia yang tidak mendatangkan hasil.
Kami sekeluarga mula terbiasa dengan makanan khas kucing, susu khas untuk kucing, vaksin, ubat cacing, suntikan penyakit kurap, syampo dan rawatan doktor veterinar.
Kami menjadi 'juruteknik veterinar' tidak bertauliah separa mahir. Kami berani memotong tali pusat anak kucing yang menghadapi kesukaran ketika hendak dilahirkan. Kami boleh mengesan kucing-kucing demam, menghadapi masalah cacing, menderita sakit batu karang dan sebagainya.
Kami sekeluarga semakin menjadi ekstrim. Setiap gerak dan kelakuan kucing di dalam pemantauan kami. Kami ' alert ' kepada kucing-kucing yang sakit dan tiada selera makan. Kami tidak lagi jijik ' menyiasat' najis/kencing kucing untuk mengetahui samada kucing itu diserang cacing atau penyakit batu karang. Kami tidak lagi takut menghulurkan jari ke dalam mulut kucing ketika merawat secara hands on kepada kucing-kucing yang sakit.
Kami boleh sahaja bangun dari tidur pada malam hari jika terdengar kucing-kucing kami bergaduh sesama sendiri. Kami seperti tidak menghiraukan apa kata jiran kata ketika terbongkok-bongkok mencari kucing yang terlepas dari rumah kucing di belakang rumah jiran pada waktu tengah malam .
Kami sekeluarga juga menghadapi ' kemurungan ' apabila ada di antara kucing-kucing kami hilang, sakit atau mati.
Bagi kucing-kucing yang terlepas dari rumah kucing dan tidak tahu jalan pulang, kami terintai-intai kepulangannya. Ternampak sahaja imbas kucing yang sewarna kami sangkakan itulah kucing kesayangan yang tidak balik-balik ke rumah. " Di manakah perginya? Bagaimankah kucing itu mendapatkan makanan kerana sepanjang hayatnya makanan disediakan? Atau tong sampah manakah yang diselongkarnya untuk mendapatkan makanan? Momen-momen sebegini sangat menyiksakan.
Bagi kucing-kucing yang mati kami terkenang-kenang akan momen-momen bahagia dan episod-episod sedih mendapatkan rawatan setakat yang terdaya.

Walaupun dalam kedudukkan bajet terhad, saya dan keluarga berjaya menyediakan rumah khas kucing yang agak selesa di ruang sebelah belakang rumah dengan mengupah tukang orang Indonesia.
Kami juga ' pandai' membaca saikologi kucing. Kucing-kucing kami yang sebahagian besar dunia mereka terkurung di dalam rumah kucing bersaiz 10 kaki x 6 kaki perlu dilepaskan ke dalam ruang rumah kediaman dalam tempoh tertentu sekurang-kurangnya dua hari dalam seminggu untuk meredakan rasa stress.
Rumah kucing wajib dibersihkan/basuh sebanyak dua kali sehari - waktu pagi selepas solat subuh dan malam hari di sekitar jam 9.30 malam.
Seorang rakan yang juga memelihara banyak kucing menyarankan supaya rumah kucing dibasuh dengan menggunakan cecair pencuci ' Chlorox ' ( atau lain-lain jenama). Alhamdulillah, dengan mengikut nasihatnya, rumah kucing saya di dalam keadaan bersih dan terhindar dari nuansa bau tidak menyenangkan. Seekor lalat pun tidak berani datang!

Tidak dinafikan, sebagai manusia biasa ada juga kalanya terasa kepenatan dalam melayan karenah kucing-kucing yang ditakdirkan hadir dalam kehidupan keluarga kami. Bagaimanapun, rasa tanggungjawab dan perasaan kasihan dan sayang kepada haiwan-haiwan itu yang 'dicampakkan' ke dalam hati-hati kami sekeluarga menyebabkan segala kepenatan dan berhabis wang ringgit dianggap sebagai tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan. Ianya tidak ubah sebagai tanggungjawab untuk kelangsungan ahli keluarga sendiri.
Jujurnya, sejak kebelakangan ini saya tidak lagi mengutip kucing-kucing terbiar secara bujur lalu melintang patah kecuali dalam keadaan tertentu yang tidak dapat dielakkan. Keadaan ini berlaku disebabkan bilangan ' anak-anak angkat ' saya telah agak banyak.
Seiringan ini, kebelakangan ini juga ditakdirkan saya jarang terserempak dengan kucing jalanan terbiar yang wajib diselamatkan atau tidak cukup sekadar dengan keluhan kasihan-kasihan-kasihan sahaja tanpa berbuat sesuatu.
Sungguhpun demikian, saya menyediakan satu botol makanan kucing di dalam kereta. Sekurang-kurangnya saya dapat melegakan seketika derita bahana kelaparan haiwan-haiwan tidak bertuan yang dijumpai secara tidak sengaja di jalanan.
Saya tidak pernah memberitahu jumlah kucing yang dipelihara secara seragam kepada rakan-rakan yang bertanya. Saya cuma memberitahu jumlah sebenar kepada rakan-rakan yang sayangkan kucing. Sebaliknya, saya akan memberitahu jumlah kucing yang jauh berkurangan apabila ditanya oleh mereka yang tidak suka atau tidak berapa suka kepada kucing.
Melalui pengalaman, saya merumuskan mereka yang tidak sukakan kucing, tidak berapa suka kucing dan bencikan kucing tidak akan dapat menerima rasionalnya membela kucing terutamanya mengutip kucing-kucing di jalanan.

Sebenarnya lenggok dan latar catatan ini tidaklah terlalu ekstrim. Jika anda rajin menjenguk blog-blog pencinta/penyelamat haiwan jalanan , anda akan dipaparkan dengan kisah-kisah yang jauh lebih mengagumkan yang tidak mampu dilakukan oleh sebarangan orang.
Bayangkan, ada di antaranya yang menetap di rumah pangsa kos rendah memelihara berpuluh ekor kucing jalanan yang diselamatkan. Saya tidak dapat membayangkan suasana hiruk-pikuk dan juga reaksi jiran-jiran. Rasional atau tidak tindakannya adalah satu perkara lain yang kita telah mengetahui jawapannya.
Sanggupkah kita melemparkan seekor dua ikan kembong yang dibeli apabila terserempak dengan seekor kucing yang mengiau kelaparan dalam perjalanan ke rumah? Atau kita cuma meluahkan perasaan simpati kasihan-kasihan-kasihan.
Realitinya, di luar sana ada hamba-hamba Allah yang di antaranya bukan dari kalangan orang kaya memperuntukkan sedikit masa, tenaga dan wang ringgit mereka untuk menyantuni dan memberi makanan kepada kucing/anjing terbiar di jalanan.
Akhirnya, saya menutup catatan ini dengan himpunan ungkapan klise oleh pencinta haiwan terbiar yang berbunyi " Kami bukan ingin menunjuk-nunjuk atau riak kerana menyantuni haiwan terbiar tetapi terimalah penceritaan ini dengan berlapang dada. Anda mungkin seorang yang suka berkebun dan menanam beranika jenis bunga yang cantik. Anda tentunya selalu menceritakan kecantikan bunga-bungaan di taman bunga anda itu kepada orang lain. Salahkah anda berbuat sedemikian? Begitulah, lebih kurang latar persamaannya dengan penceritaan golongan yang lain ".
Terima kasih jika anda sanggup membaca catatan ini hingga ke akhir.

Saya suka bahkan sangat suka dengan catatan ini kerana ini lah yang saya buat dan rasainya...
BalasPadamSdr Yamda,
PadamTerima kasih & salam perkenalan.
Ya, kita satu arena dlm melayan minat.