Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Ahad, 15 Februari 2015

pagi ahad

Sebaik sahaja saya membuka pintu pagar untuk membeli surat khabar dan sarapan pagi hari minggu, pemungut barangan terbuang Myanmar Rohingya yang saban hari mencari rezeki di sekitar kawasan perumahan menghampiri saya dan memberi salam.

Dia menampilkan karenah yang tidak pernah dibuatnya. Dia meminta wang dengan alasan untuk membeli makanan.

Ketika membaca surat khabar sambil menunggu pesanan untuk sarapan pagi disediakan di sebuah restoran, saya dihampiri oleh seorang lelaki setua usia saya. Firasat saya mengatakan dia adalah lelaki pendatang dari benua India.

Lelaki tua itu berselindung di sebalik dakwaan sakit tua dan menjual tasbih dengan tujuan meminta wang aka minta sedekah.

Hakikatnya, saya adalah di antara golongan yang sangat berhati-hati dan penuh syak wasangka terhadap golongan yang meminta-minta yang tidak diketahui latar belakang mereka terutamanya golongan pendatang.

Saya jarang cair dengan ' presentation ' mereka yang bukan kepalang. Juteru itu, ahli keluarga saya sendiri tidak menyenangi pendekatan ' keras hati' itu.

Namun, sifat yang kononnya dimiliki oleh yang bernama hamba Allah, ada kalanya boleh lebur dalam sekelip mata di atas sebab-sebab yang tidak diketahuinya dengan jelas.

Benarlah, pada setiap kerlipan mata dan denyutan nafas adalah di dalam ilmu Allah.

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum sdr UK...
    memang sejak kebelakangan ini memang terlalu banyak berlaku dengan berbagai bagai presentation bagini di mana corok rantau negara kita ini....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr azmnor,

      Semoga saudara dan keluarga dilindungi Allah. Berjaya di dunia dan akhirat.

      Padam
  2. saya pun, sejak selalu dah terkena agak tebal syak wasangka terhadap orang sebegini. apapun, saya cuba buang prasangka tak baik itu walaupun tidak memberi.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."