Ketika ditemu ramah oleh wartawan suatu ketika dahulu, peniaga-peniaga tekstail keturunan Kemboja yang mendominasi perniagaan tekstail di Bandar Kota Tinggi, Johor dengan penuh yakin menyatakan bahawa mereka tidak sekali-kali 'mengacau daun' peniaga Melayu di sekitar Bandar Kota Tinggi.
Kata peniaga itu, " Perniagaan tekstail kami tidak mengganggu-gugat perniagaan Orang Melayu kerana Orang Melayu tidak terlibat langsung dalam perniagaan ini. Peniaga yang mungkin terjejas ialah peniaga tekstail bukan Melayu, yaani peniaga keturunan India dan Tionghwa."
Saya bersetuju dengan kata-kata peniaga keturunan Kemboja itu kerana Orang Melayu sememangnya kurang terlibat dalam perniagaan tekstail. Sementelahan pula, kejayaan peniaga keturunan Kemboja dalam perniagaan ini sudah menjadi 'trade mark' mereka.

Sehubungan ini, Orang Melayu tidak perlu iri hati atau dengki dengan kejayaan dan penguasaan peniaga seagama keturunan Kemboja yang amat berkebolehan dan mahir dalam selok belok perniagaan tekstail. Pendek cerita, kebolehan peniaga keturunan Kemboja dalam perniagaan tersebut setara dengan peniaga bukan Melayu. Malah, dalam sesetengah situasi peniaga tekstail bukan Melayu pun boleh 'lingkup' apabila bersaing dengan peniaga keturunan Kemboja.
Bagaimanapun, berlainan pula senarionya dengan gangguan dan onar yang dilakukan oleh pendatang asing terhadap periuk nasi dan bidang kerja tradisi yang sebelum ini sinonim dengan Orang Melayu. Banyak bidang-bidang kerja tradisi golongan marhaen Melayu telah 'diserahmilikkan' dengan cara amat tragis kepada pendatang asing khususnya golongan pendatang asing Indonesia. Di antara bidang kerja tersebut ialah operator pengeluaran, perniagaan pasar malam, perniagaan kedai runcit, perniagaan di pasar, perniagaan warung atau perniagaan makanan di kaki lima, buruh kontrak dan kontraktor binaan kecil-kecilan.
Benar, permasalahan ini berlaku kerana banyak faktor. Di antara faktor yang kerap diuar-uarkan ialah sikap Orang Melayu sendiri dan kelemahan dan ketidaktegasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Permasalahan yang ditimbulkan oleh pendatang asing sebenarnya telah berada di fasa kronik. Selain dari kacau ganggu dalam bidang kerjaya tradisi golongan marhaen warga tempatan, banyak kes-kes penipuan, rompakan, rogol, pembunuhan, perumahan setinggan dan lain-lain lagi dilakukan oleh pendatang asing.
Namun demikian, amat menghairankan kerana tidak ada satu parti politik pun di negara ini yang mengambil isu ini secara serius untuk diperjuangkan. Saya percaya jika momentum permasalahan yang sedang dihadapi sekarang tidak dibakukan, inilah agenda besar yang akan digunakan oleh parti-parti politik untuk memancing pengundi pada masa akan datang. Saya juga yakin, tempoh tersebut tidaklah terlalu lama dari sekarang. Mungkin pada PRU 14 atau paling lambat PRU 15, yaani 10 tahun lagi!
Ada satu kata-kata retorik yang perlu diambil perhatian oleh Orang Melayu berbunyi, " Dengan senario sekarang, ramai Orang Melayu akan mati kebuluran di tanah air sendiri jikalah secara tradisinya mereka tidak bekerja di jabatan-jabatan kerajaan."

Salam saudara ujang,
BalasPadamsekarang ini bukan sekadar PATI dari Indonesia saja malahan yg dtg dari Pakistan dan Myanmar juga telah melakukan apa yg saudara catatkan kali ini...... memang sesuatu yg amat-amat merungsingkan saya juga....
kalau lah kita yg melakukan seperti ini di negara mereka dah lama dah dikuburkan tanpa nesan...
Sdr azmnor,
PadamMasalahnya kenapo mereka boleh buat di negara kita.....di kampung kita.