Pengalaman
menginap di hotel-hotel seluruh negara memberi saya peluang menyaksikan dan
berurusan dengan ‘pelajar jurusan perhotelan dan hospitaliti’ dari Negara
Indonesia . Mereka dikatakan menjalani latihan industri di hotel-hotel di negara
kita dalam tempoh tertentu. Perkara ini telah saya sedari berlaku sejak 3-4
tahun yang lalu ketika menginap di salah sebuah hotel di Lumut, Perak.
Menariknya,
hotel yang terlibat akan mengambil pula kumpulan pelajar lain setelah kumpulan
terdahulu menamatkan tempoh menjalani latihan industri di hotel mereka. Ini
bermaana hotel itu menggunakan pekerja berstatus ‘pelajar dalam latihan industri’
dari luar Negara di hotel mereka sepanjang tahun.
Dalam
selok belok perniagaan, semestinya hotel-hotel tersebut berbuat demikian untuk
meminimakan kos pengurusan. Pihak hotel cuma perlu menyediakan tempat menginap,
makan minum dan sedikit elaun.
Bidang
tugas ‘pelajar-pelajar’ tersebut mencakup hampir semua bidang operasi di
sesebuah hotel - penyambut tetamu,
kerani kaunter, pelayan makanan dan pengemas bilik. Ketika menginap di sebuah
hotel di Alor Star, Kedah saya dan sahabat sekerja berurusan dengan kerani
kaunter , Maria, gadis manis berketurunan Batak yang beragama Kristian. Ketika
di Ipoh, saya dapati pihak hotel mengambil 'pelajar praktikal' dari Bandung.
Gadis-gadis Bandung berkulit cerah dan cantik!
‘Pelajar-pelajar’
tersebut sangat berketrampilan, menarik dan professional. Opps....
Pada
pertengahan bulan Oktober, saya berurusan dengan 'pelajar-pelajar’ dari Indonesia
di salah sebuah hotel di Klang. Kalau dahulu cuma 'pelajar-pelajar ' perempuan
sahaja yang menjalani latihan industri tetapi kini melibatkan juga 'pelajar'
lelaki. 'Pelajar' lelaki yang memiliki iras Pan-Asia (mungkin Indonesia +
Belanda) itu tersenyum bangga apabila saya mengusik bahawa iras rupanya seperti
pelakun-pelakun 'Nada Cinta'.
Begitulah
lebih kurang senarionya. Pertama, adakah susuk-susuk saudara serumpun yang cantik atau kacak itu benar-benar pelajar? Kedua, dan
yang lebih membimbangkan ialah perkara ini menutup peluang kerjaya kepada graduan-graduan
jurusan perhotelan dan hospitaliti dan
warga kita!
"Kera
di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan." Ungkapan ini bukan satu-satunya
yang berlaku kepada anak-anak tempatan, tetapi menambahpanjangkan lagi senarai berebut
rezeki dengan orang luar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."