Seorang pemuda Cina,
memperuntukkan masa malamnya memberi makan anjing-anjing terbiar di sekitar kota.
Apabila ditanya dia memberi alasan, “ Saya meneruskan sesuatu yang pernah
dilakukan oleh mendiang ibu saya ketika hidupnya.”
Seorang peserta peraduan
memancing tegar, sanggup meninggalkan anak dan isteri saban malam minggu kerana
tarikan di kolam memancing. Dia masih belum memenangi sebarang pertandingan
lagi. Hatta, hadiah sagu hati pun tidak pernah dapat. Dia ada alasannya berbuat
demikian.
Begitulah juga seorang peminat
karaoke pro/separuh masa yang akan melayan minatnya itu pada setiap kesempatan
yang ada. Dia ada alasan.
Termasuk juga seorang peminat
tegar perlawanan bolasepak samada domestik atau luar negara. Dia ada alasan sehingga
sanggup bersengkang mata yang ada kalanya sampai ke pagi.
Termasuk juga seorang kaki nombor
ekor/judi. Dia ada alasan.
Berikutnya, ialah golongan yang
agak besar khalayaknya. Mereka bukan orang yang suka berkaraoke, bukan kaki
judi, bukan peminat bolasepak tegar atau bukan kaki peraduan memancing. Mereka ‘orang
baik-baik’. Cumanya mereka ini saban masa berada di bawah ‘ketiak keluarga’.
Mereka tidak pernah ambil tahu hal yang tiada kaitan dengan keluarga
masing-masing. Ada di antara golongan ini yang rajin ke surau. Ada juga yang
jarang-jarang menjenguk tangga surau/masjid.
Di sebalik contoh-contoh yang
dinayatakan di atas, ada segolongan manusia yang memperuntukkan kehidupannya
kepada kerja-kerja agama. Diantaranya ialah:
Ada orang yang hidupnya diisi dengan
membantu orang miskin dan anak-anak yatim. Dia yakin dengan alasan yang
tentunya bersandarkan kehendak agama. Berhabis dia!
Juga, seorang yang memperuntukkan
hidup dan matinya ke arah jalan dakwah. Dia ada alasan dan keyakinan kukuh yang
tidak dapat dicapai oleh orang lain. Bersungguh-sungguh dia!
Semua orang ada sebab yang
meyakinkan diri masing-masing untuk melakukan sesuatu yang mungkin dianggap
tidak mendatangkan berfaedah atau tidak sanggup dilakukan oleh orang lain.
Apa masalahnya?
Jangan bertanya secara sebarangan
mengenai ketagihan seseorang melayan ‘hobi’ masing-masing. Misalnya, jangan bertanya
mengenai Jumaah Tabligh kepada kaki karaoke tegar. Dia akan menjawab kumpulan
itu dari planet lain yang tidak perlu didekati. Bahaya.
Sehubungan ini, jika ingin bertanya
atau hendak memberi nasihat, lakukanlah dengan cerdik! Khususnya kepada kawan-kawan
kita di para 2,3,4 dan 5 itu, kita mungkin ada sedikit kelebihan untuk menolong atau ' mencerahkan ' mereka.
Juga, cubalah dekati kawan kita di para 1 dengan berhemah. Mana tahu, dia akhirnya akan dalam saf yang sama dengan kita. Besar ganjarannya.
Bagaimanapun, kalau asyik di bawah 'ketiak keluarga' sahaja, kita tidak akan berbuat apa-apa!
Juga, cubalah dekati kawan kita di para 1 dengan berhemah. Mana tahu, dia akhirnya akan dalam saf yang sama dengan kita. Besar ganjarannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."