LELAKI ITU KAH SI HIPOKRIT?
PAGINYA BERMAIN GITAR
MALAMNYA MENYUSUN SEJADAH DI SURAU.
ATAU, MEREKA DI JALANAN ITU KAH SI HIPOKRIT
MEMPROTES PEMBINAAN SEBUAH PUSAT HIBURAN BAHARU
SUARA SERAK KERANA MENJERIT
KULIT HITAM DAN MENGGELUPAS DIPANAH MATAHARI
SEPANJANG MALAM MENONTON CERITA BOLLYWOOD DI TV BERSAMA KELUARGA.
ATAU, AHLI IBADAH ITU KAH SI HIPOKRIT
SEMASA SOLAT MENJADI PENDETA
USAI SOLAT DERHAKA KEPADA PENCIPTA.
SIAPAKAH SEBENARNYA SI HIPOKRIT?
SEMUANYA TERMASUK KITA!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."